Keratan Akhbar
A- A A+

rockhaven

AKTIVITI perlombongan bijih timah di Kinta, Perak pada akhir abad ke-19 telah menjadikan lembah itu sebagai pengeluar utama bijih timah dunia. Ekoran itu muncul pekan-pekan seperti Ipoh, Tambun, Batu Gajah, Kampar, Gopeng, Papan, Pusing dan Siputeh.

Di Tambun misalnya masih terdapat sebuah tasik yang merupakan bekas lombong tetapi kini sedang dimajukan untuk projek kondominium mewah. Tasik itu terletak kira-kira lima kilometer dari susur keluar Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan. Apa yang menarik, tasik itu memiliki sebuah bukit batu kapur yang sangat unik.

Berusia 280 juta tahun, batu berdiri setinggi bangunan 14 tingkat itu dianggap satu keajaiban daerah perlombongan itu.

Keajaiban geologi itu merupakan salah satu daripada hanya empat bentuk batu seumpama itu yang terdapat di seluruh dunia iaitu di Guilin, China, Halong Bay, Vietnam dan Phuket, Thailand.

"Orang Perak patut berbangga kerana mereka memiliki geologi yang jarang ditemui", kata pemegang Kursi Shell Universiti Teknologi Petronas, Profesor Dr. Bernard Pierson yang mengesahkan usia batu kapur itu.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.