Keratan Akhbar
A- A A+

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Satu kajian komprehensif akan dijalankan bagi menguji tahap kebolehgunaan air bawah tanah sebelum dijadikan sumber air alternatif di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr James Dawos Mamit berkata kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains yang akan dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) itu meliputi dua faktor utama berkaitan sumber air tersebut.

"Bagi memastikan air benar-benar selamat untuk digunakan, kajian akan memberi penekanan kepada mengenal pasti kandungan arsenik khususnya bagi sumber air bawah tanah di kawasan perlombongan emas.

"Sumber air bawah tanah yang ditemui di kawasan tanah mendap yang kerap berlaku banjir apabila hujan lebat juga perlu diberi perhatian kerana kemungkinan mengandungi bahan tercemar yang boleh memberi kesan kepada kesihatan," katanya ketika menjawab soalan Senator Norliza Abdul Rahim di sini.

Norliza ingin tahu sama ada kementerian bercadang mengkaji untuk menggunakan sumber air bawah sebagai alternatif bagi mengatasi kekurangan bekalan air semasa musim kemarau.

Dalam perkembangan sama, Dawos berkata kementerian tidak menghalang hasrat negeri-negeri untuk melaksanakan pengambilan air bawah tanah sebagai sumber alternatif, namun ia perlu dilakukan dengan betul kerana tidak semua bersih dan selamat digunakan.

Selain memastikan air benar-benar selamat dan bersih, penggunaan kaedah yang betul juga penting bagi memastikan pengambilan yang dibuat tidak menjejaskan alam sekitar, katanya.

Media sebelum ini melaporkan berdasarkan kajian oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada 1982, Malaysia dianggar mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik.

Kajian itu turut menyebut hanya tiga peratus daripada jumlah sumber air tersebut digunakan sehingga kini.

Sementara itu, kajian yang dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran pada 2011 mendapati tujuh peratus atau 64 bilion meter padu air daripada hujan tahunan yang turun akan tersimpan di bawah tanah.

Sumber: Astro Awani dan BERNAMA

Senarai Perkhidmatan Online

Bancian

Hujan lebat boleh menjadi petanda awal berlakunya tanah runtuh.

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.