Aktiviti Semasa
A- A A+

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan pada:

Tarikh   : 12hb Februari 2014 (Rabu)
Masa     : 9.00 pagi
Tempat : Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah

Pada majlis tersebut, dokumen MoU telah ditandatangani oleh Y Bhg Dato’ Yunus Abd Razak, Ketua Pengarah JMG yang mewakili JMG sementara  Y Bhg Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah mewakili UMS. Sementara saksi pula bagi pihak JMG adalah Y Bhg En Alexander Yan Sze Wah, Pengarah JMG Sabah dan bagi pihak UMS pula adalah Y Bhg Datuk Abdullah Hj Mohd Said, Pendaftar UMS.

MoU in termeterai selama 5 tahun untuk berkerjasama dalam bidang Mineral dan Geosains merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Berkerjasama dalam program penyelidikan dan akademik.
  2. Menggalakkan pertukaran bahan saintifik, penerbitan dan maklumat.
  3. Menggalak dan memudahkan pertukaran kakitangan daripada kedua-dua belah pihak.
  4. Menganjurkan seminar, bengkel, persidangan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.
  5. Berkerjasama dalam bidang yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak

Dalam perucapan Ketua Pengarah JMG, Y Bhg Dato’ Yunus Abd Razak menyatakan beliau sangat berharap dengan pemeteraian MoU ini akan merancakkan bidang-bidang kerjasama yang sedia ada antara JMG dan UMS di samping menjana bidang kerjasama yang baru yang berpra-syarat memberikan impak dan manfaat kesejahteraan hidup dan/atau menjana kekayaan baru.

Perkhidmatan Dalam Talian

Bancian

Pernahkah anda melawat Muzium Geologi?

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Faks: (+603) 2161 1036
Emel: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.