NEGARA-NEGARA CCOP

JMG terus aktif menjalankan program-program kerjasama dengan negara-negara ahli CCOP yang terdiri dari Kemboja, China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina, Thailand dan Vietnam. Bantuan teknikal juga diberikan oleh negara-negara yang berkerjasama dan organisasi-organisasi yang berkepentingan.

• Projek DCGM (1993 – kini)

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan Geological Survey of Japan dan ianya dibiayai oleh Japan-ESCAP Cooperation Fund (JECF). Objektifnya adalah untuk menghimpun peta-peta geosaintifik Asia Tenggara dan Asia Timur dan untuk membangun system pangkalan data dalam rantau CCOP. Projek ini telah dimulakan dalam tahun 1993 dan fasa pertama siap dalam tahun 1996 dengan kompilasi peta-peta geologi Asia Tenggara dan Asia Timur. Fasa kedua bermula dalam tahun 1996 dan siap dalam tahun 1998 dengan kompilasi peta-peta sedimen marin dan sumber mineral. Fasa ketiga bermula 1998 dan siap dalam bulan Mac 2001 dengan kompilasi peta-peta geoinformasi kawasan-kawasan perbandaran yang besar. Fasa keempat yang dimulakan dalam tahun 2001 masih berjalan dengan kompilasi pangkalan data airtanah dan geothermal.

Laporan: http://www.ccop.or.th/projects.htm

• Projek SANGIS (2001-2002)

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan International Centre for Training and Exchanges in the Geoscience (CIFEG), Perancis, yang membiayai projek ini. Objektifnya adalah untuk membangun satu pangkalan data bibliografi guna sama bagi negara-negara ahli CCOP di mana akan membolehkan perkongsian data dan maklumat. Ia dimulakan dalam tahun 2001 dan siap dalam tahun 2002.

Laporan: http://www.sangis.brgm.fr

• Projek Tesaurus Berbilang Bahasa Asia (2003 – 2004)

Projek ini merupakan satu bahagian yang perlu dalam projek SANGIS dan telah dijalankan secara pakatan dengan International Centre for Training and Exchanges in the Geoscience (CIFEG), Perancis yang membiayainya. Objektifnya adalah untuk membangun satu penterjemah bagi pangkalan data SANGIS. Ia dimulakan dalam tahun 2003 dan dijangka siap dalam tahun 2004.


JERMAN

• Projek Airtanah (1970an)

Projek ini telah dijalankan dengan bantuan teknikal Bundesanstalt fur Geowissenschaften und Rohstoffe of Germany (German Geological Survey). Objektifnya adalah untuk membekalkan bantuan teknikal kepada Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia dalam mengurus kajian airtanah. Ia telah dimulakan pada awal tahun 1970an. Projek ini telah menghasilkan satu peta hidrogelogi Semenanjung Malaysia dan satu pangkalan data airtanah telah dibangunkan.

• Penilaian Sumber Arang Batu di Kawasan Merit-Pila (1984 – 1987)

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan Federal Institute for Geoscience and Natural Resources (BGR), Jerman, dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan Jerman. Objektifnya adalah untuk melatih tenaga kerja Malaysia dalam bidang khusus berhubung dengan eksplorasi arang batu dan menyedia pangkalan data arang batu yang komprehensif untuk Lapangan Arang Batu Merit-Pila di Sarawak. Ia telah dijalankan dalam tahun 1984 dan siap dalam tahun 1987.

Laporan:

1) Liaw, K.K. et al, 1987. Evaluation of Coal Resources of the Merit Block, Merit-Pila Coal Field, Sarawak, Malaysia. Geological Survey of Malaysia, Economic Geology Bulletin 3.
2) Dorani, J. & Liaw, K.K. et al, 1994. Evaluation of Coal Resources of the Tebuan Block, Merit-Pila Coal Field, Sarawak, Malaysia. Geological Survey of Malaysia, Ecomic Geology Bulletin 4.
3) Liaw, K.K. et al, 1995. Evaluation of Coal Resources of the Merit Block South, Merit-Pila Coal Field, Sarawak, Malaysia. Geological Survey of Malaysia, Ecomic Geology Bulletin 5.

• Projek Granit Gabungan Malaysia-Jerman (1984 – 1992)

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan Federal Institute for Geosciences and Natural Resources (BGR), Jeman. Objektifnya adalah untuk membezakan granit “tin-barren” dan granit “tin-bearing” di Semenanjung Malaysia, khususnya bagi pemineralan timah primer. Projek telah dimulakan dalam tahun 1984 dan siap dalam tahun 1992. Fasa terakhir projek melibatkan kompilasi lombong-lombong timah (aktif atau tidak) di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

Laporan :

1) Schwartz, M.O. and Askury, A.K., 1989. Geologic, geochemical and fluid inclusion studies of the tin granites from the Bujang Melaka pluton, Kinta Valley, Malaysia, Economic Geology, V. 84, 751-779.
2) Schwartz, M.O. and Askury, A.K., 1990. Granite magmatism and tin-tungsten metallogenesis in the Kuantan-Dungun area, Malaysia, Geological Society of Malaysia Bulletin 26, 147-179.
3) Schwartz, M.O., Rajah, S.S., Askury, A.K., Putthapiban, P. and Djaswadi, S., 1995. Placer tin, mining and environmental impact in Southeast Asia, Earzmetall, 48, Nr.8, 554-564.
4) Schwartz, M.O., Rajah, S.S., Askury, A.K., Putthapiban, P. and Djaswadi, S., 1995. The Southeast Asian Ti Belt, Earth Science Review, 38, 95-293.

• Eksplorasi Arang Batu Rantau Mukah-Balingan (1993 – 1994)

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan Federal Institute for Geosciences and Natural Resources (BGR) dan Universiti Karlsruhe, kedua-duanya dari Jerman. Ia bertujuan untuk menjalankan eksplorasi arang batu di kawasan Mukah-Balingan, Sarawak. Ia dimulakan dalam tahun 1993 dan siap dalam tahun 1994.

Laporan:

Fromm, R., & Stengele, F., 1994. Geology and coal potential of the Mukah-Balingian Region, Central Sarawak (NW Borneo). Technical cooperation, Project No. 92.2274.6

• Penyelidikan Karbonisasi Arang Batu (1998 – 2001)

Projek ini telah dijalankan bersama-sama dengan Federal Institute for Geosciences and Natural Resources (BGR) dan University of Technology Aachen (RWTH), kedua-duanya dari Jerman, dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan Jerman. Objektif utamanya adalah untuk menghasilkan produk bahan bakar tidak berasap yang mesra alam sekitar dari arang batu bergred rendah dalam syaf tegak pilot reaktor karbonisasi. Berikutan dengan itu, aktiviti penyelidikan telah diperluaskan untuk merangkumi karbonisasi percubaan bagi bahan biomass yang terdiri dari cip kayu terbuang dan cengkerang kernel kelapa sawit. Ia dimulakan dalam tahun 1998 dan siap dalam tahun 2001.

Laporan:

1) Examinations on the Environmentally Friendly Production of High Quality, Smokeless Fuel gained from Brown Coal in a Shaft Carbonisation Reactor in Malaysia – Research Report 2nd Edition (Reactor commissioning and trial runs)
2) Examinations on the Behaviour of the Pyrolysis of Brown Coal in a Shaft Carbonisation Reactor in Kuching, Malaysia – Interim Reports No. 1 to 5
3) Examinations on the Behaviour of the Pyrolysis of Brown Coal in a Shaft Carbonisation Reactor in Kuching, Malaysia – Final Research Report


JEPUN

• Eksplorasi Mineral di Kawasan Bau, Sarawak Barat (1982 – 1985)

The project was carried out in collaboration with Japan International Cooperation Agency (JICA) who also funded the project. Its objectives were to carry out mineral exploration and potential assessment of the Bau area in Sarawak. It was initiated in 1982 and completed in 1985.

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) yang juga membiayai projek. Ia bertujuan untuk menjalankan eksplorasi dan penilaian potensi mineral di kawasan Bau, Sarawak. Ia dimulakan dalam tahun 1982 dan siap dalam tahun 1985.

Laporan:

1. JICA & MMAJ, 1983. Report on the collaborative mineral exploration of the Bau area, West Sarawak. Phase I
2. JICA & MMAJ, 1984. Report on the collaborative mineral exploration of the Bau area, West Sarawak. Phase II.
3. JICA & MMAJ, 1985. Report on the collaborative mineral exploration of the Bau area, West Sarawak. Phase III & Consolidated report.

• Projek Eksplorasi Mineral, Semenanjung (1988-1990)

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) yang juga membiayai projek. Objektifnya adalah untuk menyiasat geologi dan pemineralan dalam tiga kawasan di Perak (Tapah-Bidor-Tanjung malim, Labu Kubong dan Sg. Ringat, Grik) yang mana mempunyai potensi yang tinggi untuk emas, timah, tungsten dan unsur-unsur “rare earth”. Ia dimulakan dalam tahun 1988 dan siap dalam tahun 1990.

Laporan:

1) Report on The Mineral Exploration in Perak, Malaysia. Phase I (March 1989). JICA/MMAJ
2) Report on The Mineral Exploration in Perak, Malaysia. Phase II (March 1990). JICA/MMAJ
3) Report on The Mineral Exploration in Perak, Malaysia. Phase III (March 1991). JICA/MMAJ
4) Report on The Mineral Exploration in Perak, Malaysia. Consolidated Report (March 1991). JICA/MMAJ

• Projek Survei Supra-Rantau (1991-1995)

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) yang membiayai projek. Objektifnya adalah untuk memberikan bantuan teknikal untuk pengutipan data geokimia asas untuk eksplorasi mineral dan kajian persekitaran dan dalam masa yang sama melibatkan pemindahan teknologi. Ia dimulakan dalam tahun 1991 dan siap dalam tahun 1995, meliputi kawasan seluas 26,500 km persegi di jalur tengah Sabah. Kemudiannyaprojek ini diteruskan oleh jabatan, meliputi kawasan seluas 7,000 km persegi lagi untuk tempoh 1996-2000 dan dijangka akan meliputi 5,000 km persegi kawasan Sabah Timor bagi tempoh 2001-2005.

Laporan:

1) Report on the mineral exploration: Supra Regional Survey in Central Sabah
Phase I (1991) – JICA/ MMAJ report
2) Report on the mineral exploration: Supra Regional Survey in Central Sabah
Phase II (1992) – JICA / MMAJ report
3) Report on the mineral exploration: Supra Regional Survey in Central Sabah
Phase III (1993) – JICA / MMAJ report
4) Report on the mineral exploration: Supra Regional Survey in Central Sabah
Phase IV (1994) – JICA / MMAJ report
5) Report on the mineral exploration: Supra Regional Survey in Central Sabah
(Consolidated Report) (1994) – JICA/ MMAJ report
6) Atlas of Supra Regional Survey in Central Sabah, Malaysia (1994) – JICA/ MMAJ

• Eksplorasi Arang Batu di Sarawak Tengah (1993 – 1998)

Projek ini telah dijalankan secara pakatan dengan New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO), Jepun yang membiayai projek. Objektifnya adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber arang batu di kawasan Bintulu dan Merit-Pila. Projek ini dimulakan dalam tahun 1993 dan siap dalam tahun 1998.

Laporan:

1) NEDO, 1994. Interim Report on First Stage-General Survey of the Central Sarawak Coal Exploration Project.
2) NEDO, 1996. Interim Report on Second Stage-Semi-Detailed Exploration of the Central Sarawak Coal Exploration Project.
3) NEDO, 1997. Interim Report on Third Stage-Detailed Survey of the Central Sarawak Coal Exploration Project.
4) NEDO, 1998. Summary of Final Report of the Central Sarawak Coal Exploration Project.


• Kajian Pengurusan Sumber Airtanah Dan Alam Sekitar Yang Mapan Untuk Lembangan Langat, Malaysia (2002)

Kajian ini telah dijalankan secara pakatan dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) yang juga membiayai program ini. Ia bertujuan untuk merumuskan satu plan pengurusan sumber airtanah dan persekitaran yang mapan untuk lembangan dan untuk mendirikan satu sistem pemantauan Geographical Information System (GIS). Kajian ini dimulakan dalam tahun 2000 dan siap dalam tahun 2001 meliputi kawasan seluas 1,815 km persegi merangkumi Lembangan Ulu Langat.

Laporan: http://gwater.jmg.gov.my/mis


KOREA

• Kerjasama Teknikal (2002)

The department and the Korean Institute of Geoscience and Mineral Resources (KIGAM) agreed on technical cooperation in the field of geoscience and mineral research in May 2002. Under the agreement, two researchers from the Mineral and Geoscience Department (JMG) attended a training programme in Korea on rock-based and ceramic technologies. A technical workshop on Highland Development and Hazard Management was also held in October 2002. The cooperation continues.

Pada bulan Mei 2002, JMG dan Korean Institute of Geoscience and Mineral Resources (KIGAM) telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan mineral dan geosains. Dibawah persetujuan ini, dua penyelidik dari JMG akan hadir dalam satu program latihan berkaitan dengan teknologi berasaskan batuan dan seramik di Korea. Satu woksyop teknikal berkenaan Highland Development and Hazard Management juga telah diadakan dalam bulan Oktober 2002. Kerjasama masih berjalan.


THAILAND

• Projek Pemetaan Geologi Sempadan Malaysia–Thailand (2000-2006)

Projek ini dijalankan bersama dengan Department Of Mineral Resources Thailand (DMR). Ia bertujuan untuk menjalankan pemetaan geologi ke atas kawasan sempadan dua negara. Projek ini dimulakan dalam tahun 2000 dan masih berjalan, dijangka akan siap dalam tahun 2006. Di bawah projek ini, pemetaan geologi berasaskan skala 1:50,000 telah dijalan ke atas tiga kawasan, iaitu Transek I: Kawasan Sadao-Gubir, Transek II: Batu Melintang – Sg. Kolok dan Transek III: Pangkalan Hulu-Betong. Kerja-kerja ke atas TransekIV: Bukit batu Putih-Sadao sedang dijalankan. Untuk kerja-kerja yang telah siap, persetujuan-persetujuan berkenaan dengan unit-unit batuan dan sempadan-sempadan geologi telah dicapai.

Laporan dan peta:

1) The Geology of the Gubir-Sadao Transect area
2) The Geology of the Batu Melintang-Sungai Kolok Transect area.
3) The Geology of the Pangkalan Hulu-Betong Transect area.


UNDP

• Survei Susulan Geofizik Airborne, Sarawak Barat (1996)

Projek ini dijalankan secara pakatan dengan United Nations Development Program (UNDP) yang membiayai projek. Objektifnya adalah untuk memberikan bantuan dalam kerja-kerja susulan di lapangan ke atas sasaran geofizik airborne yang terpilih dan juga membawa kepada pemindahan teknologi. Projek ini dimulakan dalam tahun 1996 dan siap dalam masa 12 bulan.

Laporan:

UNDP, 1996. Assistance in ground follow-up of Airborne Geophysical Survey, West Sarawak. Final Report, Volume 1 and 2. Project No. Mal/93/006/A/01/99

• Survei Geofizik Airborne Di Sarawak Barat (1990 – 1992)

Projek ini dijalankan secara pakatan dengan United Nations Development Program (UNDP) yang membiayai projek. Objektifnya untuk menyediakan satu pangkalan data geofizik untuk logam bes dan logam bernilai tinggi. Projek ini dimulakan dalam tahun 1990 dan siap dalam tahun 1992.

Laporan:

1) Aerodata, 1991. West Sarawak Airborne Geophysical Survey Report 1990-1991.
2) Paterson, Grant & Watson, 1992. Interpretation of airborne magnetic and radiometric surveys West Sarawak, Malaysia. Volume I & II. UN Project MAL/88/012. Geological survey of Malaysia, Sarawak.
3) Cox, R., 1992. Assistance in monitoring/management of Airborne Geophysical Survey, West Sarawak, Malaysia, and Interpretation of Data (Phase 2: Data Interpretation). Project MAL/88/012. Consultant Economic Geologist’s Final Technical Evaluation Report.


UNITED KINGDOM

• Projek KAR

Projek ini dijalankan secara pakatan dengan British Geological Survey (BGS). Ia bertujuan untuk membangun satu model pangkalan data yang boleh diterima pakai oleh mana-mana survei geologi. Projek ini dimulakan dalam tahun 1991 dan siap dalam tahun 2000.

Laporan: http://www.bgs.ac.uk/dfid-kar-geoscience