|
||||||
|
PENGENALAN
Perletakan batu asas bangunan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Ipoh (dahulunya Jabatan Penyiasatan Kajibumi), dimana muzium ini adalah sebahagian daripadanya, telah dilakukan oleh YM Raja Idris Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, Raja Muda Perak pada bulan Julai, 1955. Bangunan ini kemudiannya telah dirasmikan oleh Sir Donald MacGillvray, Pesuruhjaya Tinggi bagi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada tahun 1978, ruang pameran Muzium ini telah diperbesarkan sehinggalah kepada keluasan yang ada pada hari ini. Berikutan dengan penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dan Jabatan Galian kepada Jabatan Mineral dan Geosains pada 1999, muzium ini telah ditukar nama kepada Muzium Geologi dan Perlombongan. Langkah kini sedang diambil oleh pihak Jabatan untuk memperluaskan lagi ruang pameran dan menambahkan koleksi untuk dipamerkan. Muzium ini berfungsi untuk mempamerkan spesimen-spesimen berkaitan bidang geosains dan aktiviti perlombongan di Malaysia dan memperkenalkan kepada orang awam tentang aktiviti-aktiviti Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG). LOKASI Muzium ini terletak di Bangunan Kompleks JMG Malaysia, Ipoh iatu lebih kurang 5 km ke timur Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Azlan Shah berhadapan dengan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). GALERI PAMERAN DAN BAHAN KOLEKSI
Ruang pameran adalah meliputi dewan seluas 343.3 meter persegi. Bahan-bahan pameran disusunatur sedemikian rupa dimana mineral dipamerkan mengikut pengkelasan kimia dan strukturnya, batuan mengikut asal usulnya dan fosil mengikut usianya. Antara bahan-bahan yang dipamerkan ialah peta thematik seperti geologi, kimiabumi, hidrogeologi dan peta-peta sumber mineral. Satu skala-masa geologi (geological time-scale) yang menarik menerangkan trend evolusi kehidupan daripada mula bumi ini dibentuk. Juga dipamerkan di Muzium ini ialah pelbagai lebih kurang 600 sampel mineral, 150 sampel batuan, 200 sampel fosil dan 200 sampel batu permata Makmal fotografi di dalam Jabatan ini mempunyai slaid warna beberapa spesimen geologi. Satu pertunjukan TV/video juga ada untuk menunjukkan aktiviti-aktiviti utama Jabatan. Beberapa model dan fotograf berwarna berkaitan dengan struktur geologi dan mineral dan spesimen fosil turut ditambah mengikut fasa bagi mempertingkatkan skop pameran muzium.
Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada waktu pejabat seperi berikut:-
Lawatan secara berkumpulan adalah dialu-alukan. Penerangan semasa lawatan ke Muzium boleh diaturkan sekiranya pihak Jabatan dimaklumkan terlebih dahulu secara rasmi melalui:- Pengarah Perkhidmatan Teknikal, BAYARAN MASUK Percuma |
|||||||||||||||||