[Kuala Lumpur] [Ipoh] [Kuching] [Kota Kinabalu]
 

Perpustakaan Jabatan Mineral Dan Geosains Kuching, Sarawak

Perpustakaan Jabatan Mineral Dan Geosains Kuching Sarawak ditubuhkan kira-kira pada awal tahun 1960-an. Jumlah pengguna yang berdaftar seramai 146 orang. Perpustakaan ini dikendalikan oleh seorang Pembantu Perpustakaan. Objektif Perpustakaan JMG Kuching Sarawak adalah untuk memastikan pegawai-pegawai serta semua kakitangan/ orang awam dilengkapkan dengan kemudahan bahan-bahan bacaan rujukan Geosains yang lengkap dan terkini.

Bahan koleksi perpustakaan yang terdapat di Perpustakaan JMG Kuching Sarawak adalah seperti buku, jurnal, majalah-majalah, laporan terbitan Jabatan, laporan jabatan yang tidak diterbitkan, peta, slaid, gambar, video, laporan agensi tempatan dan laporan institusi antarabangsa.

Kira-kira 2589 buah buku, 20 judul majalah dan jurnal yang dilanggan. Terdapat juga 20,000 penerbitan tempatan dan luar negara. Jumlah semua koleksi Perpustakaan Kuching dianggarkan kira-kira 29,088 termasuk bahan yang tidak bercetak dan peta.

 

Perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Jabatan Mineral Dan Geosains Kuching seperti berikut:

1). Perkhidmatan Pinjaman untuk kakitangan Jabatan sahaja
2). Perkhidmatan Rujukan untuk kakitangan dan orang awam
3). Perkhidmatan jualan untuk bahan terbitan Jabatan seperti peta, laporan Jabatan dan lain-lain.

Perpustakaan boleh menampung kira-kira15-18 orang pengguna dalam satu masa.

WAKTU PERKHIDMATAN

Perpustakaan adalah dibuka pada waktu pejabat seperti yang berikut:

 
Pagi
Petang
Isnin – Khamis
8.30 – 1.00 2.00 – 4.30
Jumaat
8.30 – 11.45 2.15 – 4.30
Perpustakaan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.