|
||||||
LOKASI Perpustakaan Ibu Pejabat di Kuala Lumpur
terletak di Tingkat 19, Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Perpustakaan
ini berkeluasan 500 m persegi.
Perpustakaan mempunyai berbagai koleksi rujukan berkenaan dengan geologi Malaysia. Kedua-dua bahan yang diterbit atau tidak diterbitkan berkenaan geologi tempatan tersedia untuk rujukan. Bahan-bahan rujukan yang terhad ke atas kawasan rantau Asia dan bahagian lain dunia juga boleh didapati. Penerbitan-penerbitan ini didapati melalui pembelian dan juga melalui program pertukaran dengan institusi dan universiti di dalam dan luar negara. Perpustakaan menyediakan 15 tempat duduk kepada pelanggan pada satu-satu masa. Sebuah komputer disediakan untuk capaian ke internet. Kunjungan orang awam adalah dialu-alukan dan pendaftaran di kaunter perpustakaan perlu dibuat. Pinjaman tidak boleh dibuat tetapi kemudahan salinan fotokopi disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan. Laporan dan peta yang diterbitkan oleh jabatan tersedia
untuk jualan. Laporan dan peta yang belum diterbitkan boleh dibeli dalam
masa satu minggu dari tarikh permintaan. Satu senarai penerbitan dan peta
beserta harga masing-masing boleh didapati di perpustakaan dan juga boleh
dilihat di laman web jabatan.
WAKTU PERKHIDMATAN
|
||||||||||||||||