|
||||||
|
PENGENALAN Terdapat dua buah perpustakaan yang berpusat di Kompleks Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Ipoh, Perak iaitu Perpustakaan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dan Perpustakaan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Kedua-dua perpustakaan ini dikendalikan oleh Unit Dokumentasi dan Perpustakaan yang diletakkan di bawah Cawangan Pengurusan Maklumat, BPT. Kedua-dua perpustakaan ini memainkan peranan sebagai sumber rujukan yang penting khususnya kepada kakitangan dalaman, para pelajar dan orang awam yang berminat untuk menjalankan sebarang kajian dan penyelidikan di dalam bidang perlombongan dan mineral serta geosains. LOKASI Perpustakaan BPT terletak di tingkat satu, Bangunan Kompleks JMG Malaysia, Ipoh. Perpustakaan PPM terletak di tingkat bawah, Bangunan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh. Kedua-dua Bangunan Kompleks JMG Ipoh dan PPM ini terletak sebelah menyebelah di Jalan Sultan Azlan Shah iatu lebih kurang 5 km ke timur Bandaraya Ipoh dan berhadapan dengan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). KOLEKSI Jumlah keseluruhan bahan koleksi di kedua-dua perpustakaan tersebut kini meningkat kepada lebih kurang 67,000 naskah. Ianya meliputi buku-buku rujukan, majalah-majalah, laporan-laporan penyelidikan dan peta-peta terbitan Jabatan, laporan-laporan Jabatan yang tidak diterbitkan, laporan agensi tempatan dan laporan insitusi antarbangsa dan laporan penyelidikan Jabatan . JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN. 1. Rujukan dan Maklumat Perkhidmatan ini membantu secara asas pengguna dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan perpustakaan di samping membantu penggunaan kemudahan dan perkhidmatan yang lain. Perkhidmatan rujukan yang disediakan meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pecarian maklumat dan sumber yang terdapat di perpustakaan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui telefon dan email. Sekiranya perlu, pengguna akan dirujukkan kepada pakar dalam bidang tertentu yang terdapat di Jabatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. 2. Pinjaman – Untuk Kakitangan sahaja Pinjaman bahan-bahan perpustakaan hanya diberikan kepada staf Jabatan ini sahaja. Setiap peminjam dibenarkan meminjam lima (5) buah naskah bahan untuk tempoh satu (1) bulan. 3. Pinjaman Antara Perpustakaan Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan juga disediakan kepada pengguna-pengguna yang memerlukan bahan-bahan yang tiada dalam koleksi perpustakaan Jabatan. Perpustakaan akan menggunakan Sistem Pembekalan Penerbitan bagi mendapat bahan-bahan yang diperlukan melalui kerjasama antara perpustakaan sama ada di dalam negeri atau di luar Negara. 4. Penjualan Penerbitan Jabatan Perpustakaan ini juga menjual bahan-bahan penerbitan Jabatan seperti laporan-laporan dan peta geologi dan mineral Pengguna-pengguna boleh merujuk kepada judul bahan-bahan yang ingin dibeli melalui katalog yang disediakan atau melalui laman web Jabatan. WAKTU PERKHIDMATAN Perpustakaan adalah dibuka pada waktu pejabat seperti berikut:-
PERTANYAAN Sebarang pertanyaaan mengenai perpustakaan ini boleh dikemukakan kepada:- Pengarah Perkhidmatan Teknikal, Tel: 05- 5406000 (BPT); Faks: 05-5406100: Email: library@jmgipoh.gov.my |
|||||||||||||