 |
Apakah perbezaan di antara Lombong dan Kuari?
Perbezaannya ialah lombong untuk mendapatkan mineral seperti emas, bijih timah dan sebagainya manakala kuari pula ialah untuk mendapatkan bahan batuan seperti granit, batu kapur dan sebagainya. |
 |
Saya berminat untuk memohon tanah lombong. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan dan pada siapa harus dikemukakan permohonan?
Permohonan untuk tanah lombong boleh dibuat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dengan mengemukakan borang yang telah ditetapkan. |
 |
Apakah yang dimaksudkan dengan Pajakan Melombong, Lesen Eksporasi, dan Lesen Carigali?
Pajakan Melombong ialah kebenaran untuk menjalankan aktiviti melombong ke atas kawasan yang diberi manakala Lesen Eksplorasi dan Carigali pula ialah kebenaran untuk mencarigali mineral di atas kawasan tersebut. Lesen Eksplorasi melibatkan luas kawasan yang besar (maksimum 20,000 ha) dan tempoh yang panjang (maksimum 10 tahun) berbanding Lesen Carigali yang luas kawasannya lebih kecil (maksimum 400 ha) serta tempoh yang lebih pendek (maksimum 2 tahun). |
 |
Apakah yang dimaksudkan dengan mineral? Adakah pasir dan air mineral ditakrifkan sebagai mineral?
Takrif mineral mengikut Akta Pembangunan Mineral, 1994 ialah sebarang bahan dalam bentuk pepejal, cecair atau gas yang terbentuk secara semulajadi atau hasil dari perlombongan di daratan atau di lautan tetapi tidak termasuk air dan bahan batuan. Pasir (bahan batuan) dan air mineral tidak ditakrifkan sebagai mineral. |
 |
Siapakah yang layak memiliki tanah lombong?
Orang perseorangan, syarikat sendirian berhad atau perbadanan yang dibenarkan menjalankan perlombongan. |
 |
Apakah undang-undang perlombongan dan pengkuarian yang berkuatkuasa?
Bagi perlombongan, undang-undang utama yang berkuatkuasa ialah Akta Pembangunan Mineral, 1994 dan Enakmen Mineral/Perlombongan negeri yang berkaitan. Untuk kuari pula ialah Kaedah-kaedah Kuari negeri yang berkaitan sekiranya ada. |
 |
Saya ingin mengeksport mineral ke luar Negara. Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya mendapatkan Surat Tiada Halangan daripada Jabatan Mineral dan Geosains. Di mana saya boleh mendapatkan surat tersebut?
Tuan boleh mendapatkan Surat Tiada Halangan Untuk Mengeksport Mineral di pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Negeri yang berhampiran atau Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains, Kuala Lumpur. |
 |
Saya seorang guru dan berminat mendapatkan bahan-bahan penganjaran yang berkaitan dengan aktiviti tuan?
Laman Web JMG ada menyediakan maklumat umun berkenaan fungsi dan aktiviti Jabatan. |
 |
Adakah JMG menyediakan program untuk Pelajar?
JMG tidak mempunyai program yang spesifik untuk pelajar, walau bagaimanapun program latihan industri untuk pelajar universiti diberikan dalam bilangan yang terhad. |
 |
Bagaimana saya boleh memohon kerja di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ?
Jawapan: Sebagai sebuah Jabatan Persekutuan sebarang permohonan kerja perlu disalurkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan untuk keterangan lanjut sila layari www.spa.gov.my |
 |
Bolehkah saya menghantar sampel batuan atau mineral untuk dianalisis?. Jika boleh bagaimana dan berapa bayaranya?
Boleh, Semua permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan analisis sampel batuan dan mineral bolehlah dikemukakan kepada Pengarah Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Jalan Sultan Azlan Shah, Peti Surat 1015, 30820 Ipoh, Perak Tel:05-5457644 Faks: 05-5468479. Bayaran bergantung kepada jenis analisis yang dikhendaki.
|
 |
Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat geologi bagi sesuatu kawasan?
Hubungi pejabat negeri JMG terdekat bagi menentukan kawasan berkenaan telah dipetakan atau belum. Sekiranya kawasan berkenaan telah dipetakan, laporan atau peta kawasan berkenaan boleh dibeli secara terus atau melalui pejabat JMG negeri yang berkaitan atau di Ibu Pejabat. |
 |
Apa laporan dan penerbitan yang dikeluarkan oleh JMG dan bagaimana untuk mendapatkanya?
Laporan-laporan yang diterbitkan oleh JMG secara tahunan: Laporan Tahunan Jabatan, Malaysian Mineral YearBook, Directory Of Industrial Mineral-Based Industries, Industrial Mineral Production Statistics and Directory of Producers, Industri Perlombongan Malaysia dan disamping laporan Teknikal berkenaan siasatan geosains dan mineral. Laporan tersebut boleh dibeli dipejabat-pejabat negeri dan Ibu Pejabat. |
 |
Bagaimana saya boleh mengetahui kawasan-kawasan yang mempunyai potensi sumber mineral di Malaysia
Hubungi pejabat-pejabat JMG negeri yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat. |
 |
Adakah JMG mempunyai peta dalam bentuk digital. Jika ada bolehkah orang awam mendapatkannya?
Ada, dan orang awam boleh membeli maklumat digital yang sedia ada di Ibu Pejabat JMG. |