Keratan Akhbar
A- A A+

intro imageMenteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu memotong reben sebagai simbolik Majlis Pelancaran Telaga Tiub Kampung Sampadi di Lundu, hari ini. - UTUSAN ONLINE

SANTUBONG 29 April - Sebanyak 90 telaga tiub bernilai RM18.72 juta dibina di sekolah dan kampung sejak 2006 hingga tahun lalu sebagai satu alternatif bekalan air bersih di negeri ini.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telaga tiub tersebut dilengkapi dengan Sistem Penapisan Primer bagi 54 telaga dan bakinya menggunakan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR).

"Semua projek ini telah dibina di kampung, rumah panjang dan sekolah pedalaman di seluruh negeri ini yang memberi faedah kepada ramai penduduk yang memerlukan bekalan air bersih.

"Pembangunan ini sebagai penyelesaian jangka pendek sumber bekalan air bersih untuk kegunaan penduduk kampung disamping usaha kerajaan negeri membangunkan bekalan air grid Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Telaga Tiub Kampung Sampada, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu; Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi dan Pengarah JMG Sarawak, Enggong Aji serta Penghulu Kampung Sampadi, Lundu, Sharkawi Nawi.

Telaga tiub di Kampung Sampadi ini akan memberi manfaat kira-kira 500 penduduk yang dijangka siap dibina dalam tempoh tiga bulan.

Hasil perbincangan Jamilah bersama Unit Perancang Negeri (SPU), sebanyak RM600,000 peruntukan diluluskan melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) yang dilaksanakan JMG.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak lima negeri di Semenanjung juga kekurangan sumber air maka JMG sebelum ini telah diarahkan untuk melakukan kajian-kajian untuk pembinaan telaga tiub.

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.