Keratan Akhbar
A- A A+

KOTA BELUD: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah mengenal pasti tiga daerah di negeri ini – Ranau, Lahad Datu dan Sandakan sebagai kawasan berisiko tinggi dilanda gempa bumi.

Sehubungan itu, Ketua Unit Perkhidmatan Makmal JMG Abdul Kadir Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan Program Kesedaran Awam Bencana Geologi di seluruh negeri terutamanya, daerah berpotensi dilanda gempa bumi. Beliau berkata, ini penting bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua lapisan masyarakat mengenai persediaan menghadapi bencana alam.

“Sebelum ini JMG mengadakan program kesedaran di Ranau dan di Kota Marudu pada tahun depan, seterusnya di Lahad Datu dan Sandakan serta kawasan-kawasan lain yang berpotensi dilanda gempa bumi.

“Kita berharap melalui program ini masyarakat boleh mengetahui tindakan segera yang perlu diambil untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kejadian luar jangka.

“Selain itu, program ini juga memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai bahaya-bahaya sampingan yang terhasil selepas kejadian gempa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kesedaran Awam Benca Geologi, di Dewan Masyarakat Kota Belud, di sini, kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tampasuk Datuk Musbah Jamli.

Abdul Kadir berkata, pihaknya juga memerlukan maklumat daripada penduduk kampung mengenai kawasan-kawasan yang mempunyai tanda berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya.

Maklumat itu penting bagi membolehkan kami mengambil langkah awal menyusun strategi menghadapi masalah itu termasuk gempa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, selain program kesedaran mengenai bencana geologi, pihaknya juga mempunyai program untuk memberi kesedaran kepada pihak perancang bandar dari segi pembinaan bangunan, sama ada boleh atau sebaliknya membina bangunan di kawasan berkenaan.

Antara kesan gempa bumi ialah gegaran, retakan permukaan bumi, kerosakan struktur binaan, lubang benam dan tanah runtuh serta tsunami (gempa bumi dasar lautan).

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.