Keratan Akhbar
A- A A+

KOTA KINABALU, 4 Mac (Bernama) -- Seorang pakar geologi menasihatkan penduduk di sekitar Lahad Datu agar sentiasa berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan gempa bumi yang lebih besar.

Prof Dr Felix Tongkul dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata ini susulan tiga kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di perairan Teluk Darvel yang terletak berhampiran bandar Lahad Datu sejak 16 Feb, Selasa lepas dan yang terbaru pagi tadi.

Beliau berkata kejadian itu mungkin menjurus kepada dua kemungkinan iaitu pelepasan tenaga Seismos yang tersimpan secara kecil-kecilan di kawasan berkenaan.

"Jika ini (gempa bumi) berterusan, ia dapat mengelak terjadinya pelepasan tenaga yang lebih besar pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kemungkinan kedua adalah gempa berkenaan penanda kejadian gempa bumi yang lebih besar.

"Gegaran kecil ini dirujuk sebagai gempa pendahuluan (foreshock), ini bermaksud gempa pendahuluan boleh berlaku beberapa hari atau beberapa minggu sebelum gempa utama terjadi.

"Apa pun kemungkinan, penduduk di sekitar kawasan Lahad Datu dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkongsi pandangan yang sama dengan Felix.

"Kejadian tiga gempa bumi dalam masa tiga minggu di Lahad Datu dengan magnitud yang konsisten adalah sesuatu yang agak luar biasa untuk gempa bumi di Sabah.

"Kita perlu berwaspada dengan kemungkinan kedua yang diutarakan oleh Felix...iaitu gempa yang lebih besar sehingga 6.0 pada skala Richter boleh berlaku seperti yang kita uar-uakan sebelum ini, selepas kejadian gempa bumi di Ranau," katanya.

Pada 16 Feb lepas, gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter melanda luar pantai Lahad Datu, manakala gempa berukuran 3.5 pada skala Richter masing-masing berlaku pada Selasa lepas dan pagi tadi di Lahad Datu.

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.