Keratan Akhbar
A- A A+

IPOH, 22 Nov (Bernama) -- Pembangunan Geopark Lembah Kinta, yang mengandungi sumber geologi yang bernilai dan satu warisan antarabangsa, akan memasyhur kawasan itu sebagai pusat aktiviti geopelancongan di peringkat kebangsaan dan global.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Lembah Kinta terletak dalam lanskap bukit-bukau kaya dengan nilai warisan semulajadi, saintifik, sejarah dan budaya setempat.

"Lembah Kinta yang kaya dengan warisan budaya dan sejarah seharusnya dimanfaatkan bersama dalam merencana agenda pembangunan dan pemuliharaan persekitaran secara lebih lestari bagi memenuhi keperluan untuk dinobatkan sebagai Geopark Kebangsaan," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Geopark Lembah Kinta di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Zambry berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM500,000 untuk pelaksaaan kerja-kerja kajian dan penyelidikan bagi membangunkan Geopark Lembah Kinta dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak menjadi agensi peneraju.

Beliau berkata kerjasama daripada pakar dan anggota jawatankuasa kerja Geopark Lembah Kinta telah mengenal pasti 24 geotapak yang berpotensi untuk dimajukan.

Zambry berkata semua geotapak tersebut melibatkan daerah Kinta yang meliputi Ipoh dan Batu Gajah dan daerah Kampar dengan keluasan kawasan hampir 2,000 kilometer persegi.

Pembangunan geopark yang dilaksanakan di Lembah Kinta kerana gabungan kepelbagaian sumber warisan semulajadi, arkeologi, kebudayaan dan perspektif biologi yang wujud di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah JMG negeri Dr Kamaludin Hassan berkata dalam aspek geologi, Lembah Kinta adalah sebuah dataran rendah yang didasari oleh hampir 80 peratus batu kapur.

Katanya pelbagai inisiatif pembangunan sumber warisan geologi sudah digerakkan secara tidak terselaras oleh pelbagai pihak termasuk pengusaha persendirian dan agensi kerajaan.

Pembangunan itu sama ada atas nama penjagaan warisan atau pembangunan kawasan rekreasi seperti Gua Tempurung, Taman Gunung Lang dan 'water rafting' Sungai Kampar.

Senarai Perkhidmatan Online

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No. 2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Lihat Direktori Bahagian/Pejabat Negeri

Sentiasa Berhubung

Facebook-icon Twitter-icon Youtube-icon Blogger-icon RSS-icon
Mobile-icon jmg mobile qr code mobile apps icon
isms
 

Kata Kunci Popular

Your browser doesn't support canvas.