Newspaper Clippings, Statements or Articles
A- A A+

PERAK-TODAY-78

IPOH : Geopark Lembah Kinta merupakan salah satu tarikan pelancongan baharu yang menekankan kepentingan kepada pemuliharaan sumber warisan semula jadi yang terdapat di Negeri Perak.

Menurut Pengerusi Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi Geopark Lembah Kinta ini berpotensi besar untuk dijadikan sebagai produk pelancongan yang terbaharu.

“Potensi yang dibawa ini juga akan membuka ruang kepada produk pelancongan yang lain untuk lebih menyeluruh dan berkembang di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Pelancaran Geopark Lembah Kinta yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dekat Ipoh, hari ini.

Tambahnya lagi, Geopark berkenaan juga akan membantu kluster – kluster pelancongan yang sedia ada meliputi tiga daerah termasuklah Bandar Ipoh (Kinta), Kampar dan Batu Gajah.

Tambahnya lagi, di Perak sendiri terdapat pelbagai produk pelancongan dan salah satunya kini adalah pembangunan produk Geopark Lembah Kinta yang merangkumi segala aspek pelancongan dan memberikan kelebihan kepada negeri secara amnya.

“Mengikut rekod, Geopark berupaya membawa lebih ramai pelancong dan diharapkan dengan adanya kelak dapat memantapkan lagi industri pelancongan,” kataya.

Tambahnya lagi, fokus utama yang dititikberatkan adalah untuk meningkatkan sosial ekonomi masyarakat setempat secara amnya.

“Industri pelancongan memberi kesan kepada masyarakat tempatan dengan membuka ruang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung yang datang,” tambahnya lagi.

Pada masa sama beliau turut mengulas mengenai keadaan Gua Tambun yang kelihatan terbiar tanpa penjagaan yang sewajarnya dan mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.

“Gua Tambun merupakan dibawah kawal selia Jabatan Warisan namun perkara ini akan dibawa perbincangan menerusi pelaksanaan Geopark Lembah Kinta kelak,” katanya.

Tambahnya lagi, pemeliharaan dan pemuliharaan produk-produk yang sedia ada perlulah dirancang dengan lebih baik dan pemantauan berkala diadakan bagi memastikan keadaan terkawal termasuklah keadaan Gua Tambun dan sekitarnya.

Pembangunan Geopark Lembah Kinta di bawah kelolaan Jabatan Minarel dan Geosains Malaysia Perak (JMG) melibatkan 24 geopark yang berpotensi untuk dibangunkan antaranya di Daerah Kinta-Batu Gajah, Daerah Kampar dan Majlis Bandararaya Ipoh dengan keluasan kawasan hampir 2,000 kilometer persegi.

Online Services

Poll

Are we prepared for an Earthquake?

Not really sure - 0%
Very Prepared! - 0%
Somewhat prepared - 0%
Not at all Prepared - 100%
It doesn't matter - 0%

Total votes: 5
The voting for this poll has ended

Contact Information

Department of Mineral and Geoscience Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (+603) 2161 1033
Fax: (+603) 2161 1036
Email: info [at] jmg [dot] gov [dot] my

Stay Connected

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr code

Most Popular Keywords

Your browser doesn't support canvas.