
BENTUK LOGO
Logo terdiri daripada sebuah lukisan grafik huruf ringkas nama jabatan (JMG) berwarna putih dan sebuah grafik tukul geologi juga berwarna putih yang berlatar belakangkan sebuah sfera berwarna biru dan dan hijau. Semua grafik dan sfera dilukis dengan garisan berwarna keemasan. Bentuk logo dibuat sedemikan rupa bagi menggambarkan Visi, Misi dan Objektif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
DISKRIPSI LOGO
- Sfera berwarna biru-hijau dengan garis lilitan halus berwarna keemasan.
- Bentuk sfera adalah bentuk bumi yang melambangkan kesediaan jabatan menghadapi arus globalisasi khususnya dalam bidang mineral dan geosains melalui penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi.
- Warna hijau dan biru melambangkan bidang mineral dan geosains meliputi daratan dan lautan. Hijau juga melambangkan semua aktiviti yang dijalankan menjurus kearah pembangunan mapan dan mesra alam. Biru pula boleh ditafsirkan sebagai perpaduan dan kesetiaan warga JMG dalam menjalankan tugas dan menghadapi cabaran bagi menjayakan Visi Jabatan untuk menjadi organisasi terunggul dalam sektor mineral dan geosains di rantau ini, yang digambarkan oleh garis lilitan keemasan.
- Sempadan antara biru dan hijau menunjukkan negara Malaysia, yang disimbolkan oleh bentuk grafik garis pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai barat Malaysia Timur. Bentuk garis pemisah ini juga menunjukkan grafik sebuah lombong dedah yang diurus dengan baik, melambangkan aktiviti penguatkuassaan dan kawalseliaan yang dilakukan.
- Tukul geologi berwarna putih - Tukul geologi simbol kebanggaan ahli geologi, melambangkan tugas teras jabatan merangkumi aktiviti mineral, geosains, kawalseliaan dan penyelidikan dan pembangunan. Warna putih melambangkan kesungguhan kakitangan mengamalkan nilai-ailai murni seperti bersih cekap dan amanah dalam menjalakan tugas.
GRAFIK JMG
Grafik JMG yang meringkaskan nama Jabatan Mineral dan Geosaians, direka sedemikian rupa bagi melambangkan Jabatan sentiasa proaktif dan mengutamakan R&D dalam usaha memajukan sumber mineral negara.
Huruf “e” yang menjadi titik J melambangkan semua aktivtiti jabatan disokong oleh teknologi maklumat dan komunikasi ICT yang canggih bagi memastikan semua maklumat jabatan diuruskan secara cekap dan berkesan.
Garis Panduan Logo (Kod Warna)
| Garisan Emas/Oren | Hijau | ||
![]() |
|
![]() |
|
| Biru | Garisan Putih | ||
![]() |
|
![]() |
|
| Petunjuk : C (Cyan), M (Magenta), Y (Yellow) dan K (Black). | |||
Muat Turun Logo
Logo JMG bersaiz 1200 x 1025 pixel:
Logo JMG 1200px (730.59 kB 2009-10-22 13:38:08)
Logo JMG bersaiz 800 x 683 pixel:
Logo JMG 800px (658.48 kB 2009-10-22 13:50:04)
Logo JMG bersaiz 600 x 513 pixel:
Logo JMG 600px (626.32 kB 2009-10-22 13:51:28)
Logo JMG bersaiz 200 x 171 pixel:
Logo JMG 200px (578.1 kB 2009-10-22 14:38:29)
Logo JMG bersaiz 100 x 85 pixel:
Logo JMG 100px (562.66 kB 2009-10-22 14:39:22)
Logo JMG dalam format PSD (Photoshop Extension):
Logo JMG Photoshop (PSD) (1.3 MB 2009-10-22 14:30:15)




