Demi Kewajipan Kami Sebagai Anggota Perkhidmatan Awam dan Warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kami Akan Berpegang Teguh Kepada Etika Berikut:

PROFESIONALISME
Bertindak berdasarkan fakta
- Bekerja secara bersistem dan membuat penilaian secara objektif dan profesional.
- Telus dan tegas dalam membuat keputusan.
- Membuat kenytaan atau keputusan berdasarkan maklumat dan fakta serta mematuhi arahan dan peraturan.
Komited, disiplin dan dedikasi
- Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
- Mengutamakan tugas dari kepentingan yang lain.
- Tekun dan mempunyai keyakinan diri.
Proaktif, inovatif dan berdaya saing
- Berusaha mencari idea idea baru.
- Mempunyai sifat yakin diri.
- Menambahkan kekuatan mental dan fizikal untuk persaingan sihat.
Berwibawa dan akauntabiliti
- Keterampilan diri yang baik.
- Mantap dalam berhujah dan menyampaikan idea.
- Bertanggungjawab terhadap hasil kerja dan keputusan yang dibuat, tidak plagiarism.
Setia
- Setia kepada raja dan negara.
- Sentiasa menjaga nama baik organisasi.
- Patuh dan setia dalam menjalankan tugas.
KERJA BERPASUKAN
Bertindak menuju satu visi
- Memahami dan menghayati visi Jabatan.
- Mengutamakan tugas teras Jabatan.
- Perancangan strategik serta menggembleng semua sumber dan kepakaran dengan lebih sistematik dan berkesan.
Kepimpinan yang mantap dan telus
- Mempunyai wawasan yang jelas mengenai matlamat yang hendak dicapai dan hala tuju Jabatan.
- Bersikap terbuka dan responsif terhadap perubahan, pandangan dan kritikan.
- Mengamalkan kaedah syura serta mengamalkan kepimpinan malalui teladan.
- Menyertai segala aktiviti yang dijalankan.
- Sentiasa menjaga nama baik Jabatan di dalam dan luar pejabat.
- Memikir dan mengemukakan idea dari masa kesemasa.
Ringan sama dijinjing berat sama dipikul
- Mempunyai sikap tolong menolong antara individu dan unit unit di JMG.
- Adil dan saksama dalam pembahagian tugas dan tidak pilih kasih.
- Tidak mengelakkan diri dari tugas.
Memupuk suasana kerja yang harmoni
- Bertolak ansur, bertoleransi dan saling menghormati.
- Menjaga kebersihan dan keceriaan pejabat.
- Tidak mementingkan diri.
MENUJU KECEMERLANGAN
Mempunyai wawasan
- Yakin JMG dapat mencapai wawasanya.
- Berpandangan jauh dan sanggup berubah.
- Bertindak dan berfikir secara global.
Budaya ilmu
- Sentiasa berusaha meningkat ilmu dan pengalaman melalui pembelajaran berterusan.
- Sentiasa menyalakan semangat ingin tahu dan mempunyai fikiran yang rasional dan saintifik.
- Berkongsi dan bertukar pengalaman dan maklumat.
Peka dengan arus globalisasi
- Menjadi warga JMG yang bermaklumat, sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
- Bersedia menerima perubahan kearah kebaikan.
- Menjauhi unsur-unsur dan budaya negatif.
Mesra pelanggan
* Melayan pelanggan dengan baik dan berbudi bahasa.
* Memahami peraturan dan prosedur.
* Pelanggan “first”, prihatin dan peka kepada kehendak pelanggan.
Utamakan kualiti
- Mempraktikkan dasar kualiti Jabatan.
- Sentiasa mencari ruang penambahbaikan.
- Berusaha melakukan yang terbaik setiap masa.
MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI
Bersih cekap amanah
- Menjauhkan diri dari perbuatan rasuah, menyeleweng dan mungkir janji.
- Tidak menyalahguna kuasa atau mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.
- Bertindak cepat dan tepat.
Adil dan bijaksana
- Meletakkan yang hak kepada tempatnya.
- Pembawaan yang seimbang dan adil kepada diri sendiri, ketua dan orang bawahan.
- Tidak bertindak atau membuat keputusan terburu-buru.
Gaya hidup sederhana dan bersyukur
- Menghargai nikmat dan kejayaan yang diterima dan bersederhana merayakannya.
- Budayakan amalan menghargai kejayaan orang lain serta budaya ucapan terima kasih.
- Mengamalkan hidup sederhana sesuai dengan kemampuan.
Sabar, ikhlas dan berhemat
- Sabar, tenang dan bersikap positif dalam menghadapi masalah serta redha menerima ketetapan.
- Bertugas dengan ikhlas dan tidak bermuka-muka.
- Menyatakan kebenaran dan menegur kesilapan dengan hikmah dan berhemah.
Berbudi mulia
- Tutur kata dan perbuatan tidak menyinggung perasaan rakan.
- Cermat dan berhati-hati dalam membuat keputusan.
- Sanggup menerima teguran dan nasihat.
