Pematuhan Piagam Pelanggan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT)
BPT telah menepati dan memenuhi keperluan Piagam Pelanggan yang ditetapkan di dalam skop perkhidmatan BPT seperti berikut:-
- Maklumat Mineral dan Geosains - memenuhi tempoh masa yang telah ditetapkan untuk menyediakan maklumat berkenaan kepada pelanggan.
- Perkhidmatan Kepakaran - juga sentiasa memenuhi jangka masa yang telah dipersetuji bersama dengan pelanggan untuk melaksanakan dan meneyempurnakan sesuatu projek yang dikontrak kepada BPT termasuk juga penyediaan laporan kajian berkenaan.
- Perkhidmatan Makmal - sentiasa memenuhi tempoh 2 minggu yang ditetapkan unutk menyediakan laporan analisis kepada pelanggan setelah sampel diterima dan diproses. Namun demikian, dengan perolehan alat ICP-OES dan XRF baru-baru ini, beberapa methodologi analisis sedang dikaji semula oleh pihak makmal dengan tujuan mempercepatkan lagi proses analisis dan memendekkan "turn-around tine" untuk menyiapkan analisis terutamanya bagi sampel-sampel mineral perindustrian yang seringkali dihantarkan oleh pelanggan Jabatan. Disampig itu persijilan akreditasi MS ISO/IEC 17025 untuk ujian-ujian tertentu juga sedang diusahakan oleh makmal bagi menjamin kualiti perkhidmatan analisis yang diberikan kepada pelanggan.


Facebook