Malaysia Truly Asia
mgpwa2009_award
wave
About Our Team
Website Development Section - About us
Tuesday, 15 September 2009 03:49
Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Tadbir urus memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan laman web/portal. Sehubungan ini, tadbir urus laman web/portal telah dibentuk bagi menetapkan dasar, merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan laman web/portal agensi-agensi sektor awam dari aspek teknologi, kandungan serta kepenggunaan (utilisation).

Komponen tadbir urus laman web/portal JMG

Tadbir urus laman web/portal mempunyai dua (2) komponen utama:

  1. Pengurusan kandungan laman web/portal - Pengurusan kandungan laman web/portal melibatkan aktiviti pengumpulan, pengkajian semula dan paparan kandungan di dalam laman web/portal bagi memastikan kandungannya terkini, tepat dan sahih. Proses pengurusan kandungan laman web/portal meliputi penulisan, semakan teks penulisan, semakan editorial, kelulusan pihak pengurusan agensi dan penerbitan di laman web/portal.

  2. Penyenggaraan laman web/portal - Penyenggaraan laman web/portal merupakan tindakan untuk memastikan laman web/portal berfungsi dalam keadaan baik dan mesra pelanggan. Tindakan penambahbaikan secara berterusan dilaksanakan dengan menambah ciri-ciri baru mengikut keperluan dan persekitaran semasa agensi.

Pasukan tadbir urus laman web/portal JMG

Untuk memastikan tadbir urus laman web/portal berjalan dengan lancar, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan mengikut struktur formal yang merangkumi tiga (3) peringkat jawatankuasa seperti (Rajah 1):

jklw

Rajah 1: Struktur Tadbir Urus Laman Web/Portal JMG

Penerangan untuk setiap jawatankuasa adalah seperti berikut:

a) Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web/Portal JMG
Jawatankuasa bertanggungjawab dalam menetapkan dasar dan prosedur pengurusan laman web/portal JMG. Jawatankuasa dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JMG atau timbalannya. Ahli-ahlinya merangkumi wakil pengurusan atasan dari setiap bidang utama JMG.
Terma rujukan jawatankuasa adalah seperti berikut:
  • Menetapkan dasar, mekanisme dan pengurusan laman web/portal;
  • Menentukan dasar penyampaian perkhidmatan/maklumat melalui laman web/portal;
  • Menentukan keperluan kajian semula kandungan utama laman web/portal;
  • Mengesahkan konsep reka bentuk dan susun atur laman web/portal;
  • Mengesahkan keperluan-keperluan infrastruktur dan sokongan teknikal bagi laman web/portal; dan
  • Menyelesaikan isu-isu dan masalah berkaitan laman web/portal. 
b) Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Laman Web/Portal JMG

Jawatankuasa bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan laman web/portal dibuat mengikut dasar yang ditetapkan. Jawatankuasa dipengerusikan oleh pegawai kanan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal korporat agensi. Ahli-ahlinya pula terdiri daripada wakil-wakil pelbagai bidang fungsi utama agensi.
Terma rujukan jawatankuasa adalah seperti berikut:
  • Memastikan kandungan dalam laman web/portal adalah terkini dan sahih dengan mewujudkan proses pengurusan kandungan yang berkesan;
  • Memastikan keseragaman dalam penyampaian maklumat di laman web/portal;
  • Mengesyorkan peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan termasuk penyediaan perkhidmatan secara interaktif bagi menyokong ciri-ciri dan kemudahan yang mesra pelanggan;
  • Membuat kajian semula kandungan, susun atur, reka bentuk dan cara penyampaian laman web/portal;
  • Mengkaji dan membuat syor untuk mewujudkan ciri-ciri baru (enhancing features) dalam laman web/portal;
  • Mengesyorkan konsep reka bentuk dan susun atur laman web/portal kepada Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web/Portal; dan
  • Mengesyorkan keperluan-keperluan infrastruktur dan sokongan teknikal bagi laman web/portal kepada Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web/Portal.

Berikut disenaraikan Ahli Jawatankuasa bagi Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal:


1.

Tuan Haji Ismail Iman

Pengarah Pengurusan Maklumat

Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat

2.

En. Abdul Kadir Bin Ahmad

Ketua Penolong Pengarah

Unit PAP, Cawangan Hal Ehwal Korporat, Ibu Pejabat

3.

En. Aminudin bin Mahmud

Pegawai Penyelidik Kanan

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh

4.

En. Nizarulikram bin Abdul Rahim

Pegawai Kajibumi Kanan

Cawangan PPO, Ibu Pejabat

5.

En. Azizan Ali

Pegawai Kajibumi Kanan

Unit Geosains, Cawangan HEK, Ibu Pejabat

6.

En. Mohd Zahar bin Ibrahim

Pegawai Kimiabumi

Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh

7.

Pn. Salmiah Bt. Nawi

Pegawai Galian

Cawangan Ekonomi Mineral, Ibu Pejabat

8.

En. Mat Wadi Ab. Satar

Pegawai Galian

Cawangan PPO, Ibu Pejabat

9.

Pn. Norsham bt. Samsudin

Pegawai Kajibumi

Unit PSM, Cawangan HEK, Ibu Pejabat

10.

Pn. Brendawati bt. Ismail

Pegawai Kajibumi

Cawangan Pengurusan Maklumat, Kuala Lumpur

11.

En. Tan Teong Meng

Ketua Pengawai Teknologi Maklumat

Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat

b) Jawatankuasa Kerja Laman Web/Portal JMG

Jawatankuasa bertanggungjawab memberi bantuan teknikal bagi pengurusan laman web/portal. Jawatankuasa
dipengerusikan oleh Pengurus ICT dan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai teknikal Bahagian ICT.

Terma rujukan Jawatankuasa adalah seperti berikut:
  • Memastikan kapasiti perkakasan dan perisian yang mencukupi untuk menampung operasi laman web/portal;
  • Memastikan high availability laman web/portal;
  • Membuat perancangan perolehan perkakasan dan perisian bagi pengurusan laman web/portal untuk menampung keperluan masa hadapan;
  • Memastikan laman web/portal memenuhi tahap keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan ke atas laman web/portal; dan
  • Menyediakan khidmat bantuan teknikal kepada pengguna yang menghadapi masalah semasa menggunakan modul aplikasi yang berkaitan dengan pengurusan laman web/portal.
Berikut disenaraikan Ahli Jawatankuasa bagi Jawatankuasa Kerja Laman Web/Portal:
1.
En. Nizarulikram bin Abdul Rahim
Pegawai Kajibumi Kanan
Cawangan PPO, Ibu Pejabat
2.
Pn. Brendawati bt. Ismail
Pegawai Kajibumi
Cawangan Pengurusan Maklumat, Kuala Lumpur
3.
En. Mohd Zahar bin Ibrahim
Pegawai Kimiabumi
Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh
4.
En. Mohd Shafiq Farhan bin Mohd Zainudin
Pegawai Kajibumi
Unit Geosains/Aktiviti Pemetaan Geologi, JMG Sabah
5.
Pn. Nafiza binti Jomhari
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Cawangan PPO, Ibu Pejabat

Tugas-tugas pembangunan dan penyenggaraan laman web/portal JMG

Pembangunan laman web/portal bermula dengan perancangan menentukan tujuan dan merangka strategi laman web/portal. Laman web/portal yang telah siap dibangunkan perlu dipromosikan kepada pengguna berkaitan.

Tugas dan tanggungjawab di dalam pembangunan laman web/portal adalah seperti di Jadual 1.

Bil
Tugas Tanggungjawab
1. Menetapkan matlamat dan peranan laman web/portal
Mengenalpasti matlamat dan peranan laman web/portal yang dapat menyokong pelan strategik agensi dan perkhidmatan yang akan ditawarkan.
Jawatankuasa Induk
2. Merangka strategi laman web/portal
• Merangka strategi laman web/portal;
• Mengenalpasti pelanggan;
• Merangka strategi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan; dan
• Mengenalpasti pengukuran prestasi dan penetapan standard.
Jawatankuasa Induk
3. Pelaksanaan pembangunan laman web/portal
• Mereka bentuk laman web/portal meliputi layout, grafik dan lain-lain;
• Mengenalpasti kaedah pembangunan laman web/portal; dan
• Mengenalpasti isi kandungan.
Jawatankuasa Kerja
dan Jawatankuasa
Teknikal
4. Mengadakan promosi laman web/portal
Mengadakan promosi untuk memperkenalkan laman web/portal dengan memberi fokus kepada perkhidmatan utama yang ditawarkan.
Jawatankuasa Kerja
dan Jawatankuasa
Teknikal

Jadual 1: Tugas Pembangunan Laman Web/Portal

Penyenggaraan laman web/portal merangkumi aktiviti seperti pengurusan isi kandungan laman web/portal, penyenggaraan teknikal perkakasan dan analisis pengunjung. Tugas dan tanggungjawab penyenggaraan laman web/portal adalah seperti di Jadual 2.

Bil

Tugas

Kekerapan

Tanggungjawab

1.

Menyelenggara server dan memastikannya berfungsi dengan baik.

Sepanjang

masa

Jawatankuasa
Teknikal

2.

Menyemak dan memperbaiki broken links.

Sepanjang

masa

Jawatankuasa
Teknikal

3.

Membetulkan kesilapan dan mengemas kini maklumat.

Mengikut

keperluan

Jawatankuasa

Kerja

4.

Memaparkan maklumat terkini. Contoh: pekeliling baru, dasar baru dan sebagainya.

Mengikut

keperluan

Jawatankuasa

Kerja

5.

Menambah kandungan baru.

Mengikut

keperluan

Jawatankuasa

Kerja

6.

Menambahbaik susun atur, gambar dan grafik.

2 hingga 4 kali

setahun

Jawatankuasa

Kerja dan

Jawatankuasa

Teknikal

7.

Mengurus pangkalan data laman web/portal.

Sepanjang

masa

Jawatankuasa

Teknikal

Jadual 2: Tugas Penyenggaraan Laman Web/Portal

Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal memberi sokongan teknikal di dalam semua aspek perancangan, pembangunan dan penyenggaraan laman web/portal kepada Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal.

Last Updated on Thursday, 02 September 2010 01:55
 
Minerals and Geoscience Department Malaysia, 19th-22nd Floor, Bgn. Tabung Haji, Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel: 603-2161 1033 (Hunting Line) | Facsimile: 603-2161 1036 | E-mail:
Organisasi beriktiraf MS ISO 9002 | Makmal berakreditasi SAMM ISO/IEC 17025

Best viewed using Mozilla Firefox (recommended) & Internet Explorer 7.0 with resolution 1024*768 and above. Problems Viewing Our Website?
Developed and maintained by Committee Members of JMG Malaysia Portal.
WAVE 4.0 Passed! | W3C Valid CSS! (CSS Level 2.1) | RSS Valid!
Spelling error in text? Select spelling error with mouse and press Ctrl+Enter.
Thank you for your co-operation!
Orphus system
1
Home page
2
Newsroom
3
Site map
4
FAQs
5
Contact us
6
Terms and conditions
7
Feedback form
8
Search
9
Access myJMG
0
Access key details
JMG Monitoring System Version 1.2.12 - Monitor and Live Stats by JMG Malaysia