Senarai Blog

MAJLIS PRA-PELANCARAN TD 1303, HAB DIGITAL TERENGGANU

Kuala Terengganu, 21 April 2018- Kerajaan Terengganu di bawah Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu (UTEN-T) telah mengadakan majlis pra-pelancaran TD 1303 hab digital bertempat di Perkedaian Ladang Tok Pelam, Jln Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigal bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. TD 1303 ini merupakan sebuah Hab Digital yang berkonsepkan ruang kerja bersama yang ditubuhkan di bawah inisiatif Blue Ocean Entrepreneurship Township (BOET) untuk memperkukuh dan melengkapkan eko-sistem keusahawanan nasional melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dengan TD 1303 menyediakan persekitaran co-working yang direka sebagai ruang kerja kolaboratif untuk komuniti ‘start-up’. Ia merupakan pusat tumpuan para usahawan digital berkumpul, berkongsi dan berbincang tentang idea bersama sesame usahawan, para mentor, dan rakan kongsi. TD 1303 juga menyediakan segala kemudahan untuk membolehkan usahawan tumpukan sepenuh masa kepada perkembangan perniagaan. Disamping itu, TD 1303 juga bertanggungjawab memberi kemahiran dan latihan kepada graduan dan tenaga di bidang Revolusi Industri ke 4.

TD 1303 akan menawarkan program dan aktiviti seperti latihan dan bimbingan usahawan baru, peluang pemasaran, peningkatan produktiviti dan pendapatan, perkongsian pengalaman dan pluang ‘pitching’ kepada pelabur.

SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA (HHA) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018.

SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA (HHA) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018.

Setiu, 19 April 2018(Khamis) – Sambutan hari hutan Antarabangsa telah diadakan di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Tema sambutan pada tahun ini ialah Forest and Sustainable Cities. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Dato Mohd Zubir Bin Embong, yang dipertua Dewan Undangan Negeri. Wakil JMG Terengganu yang hadir pada perasmian ini ialah En. Azemi Bin Hj Eki(Pengarah), Che Aziz Bin Che Soh(Timbalan Pengarah) dan Cik Nor Azrah Mat Atan(PGS-PG).

Blog 46

JEMPUTAN PENCERAMAH BAGI KURSUS PENGKUARIAN, KAEDAH-KAEDAH KUARI TERENGGANU 2007

JEMPUTAN PENCERAMAH BAGI KURSUS PENGKUARIAN, KAEDAH-KAEDAH KUARI TERENGGANU 2007

Kuala Terengganu, 17 April 2018(Selasa) – Pihak Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu (PTG) telah menganjurkan bengkel bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Tajuk bengkel ialah kaedah-kaedah Kuari Terengganu 2007. Dia orang penceramah dari JMG Terengganu telah dijemput iaitu En. Azihan B Mat Arshad(KULK) dan En. Razaidi Shah Bin A.Kadir(KUPM). Dengan adanya bengkel ini diharapkan pemahaman pihak PTG mengenai asas pembentukkan batuan dan mineral serta kaedah-kaedah kuari dapat difahami dan di praktikkan.

Blog 49

 

Blog 50

TAKLIMAT PIAWAI DAN KRITERIA KEBANGSAAN KUALITI AIR TASIK DAN SISTEM PENGKALAN DATA TASIK KEBANGSAAN (MYLAKE)

TAKLIMAT PIAWAI DAN KRITERIA KEBANGSAAN KUALITI AIR TASIK DAN SISTEM PENGKALAN DATA TASIK KEBANGSAAN (MYLAKE)

Kuala Terengganu, 17 April 2018(Selasa) – Institut Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengadakan taklimat bertajuk National Lake Water Quality Criteria and Standards (NLWQS) dan Pengkalan Data Tasik Kebangsaan (MYLAKE) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Wakil dari JMG Terengganu dihadir oleh En. Norzuhairil Zubir(PGS-SAT) dan En. Sayuti(PPGS). Institut Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) membangunkan MYLAKE sebagai platform menyimpan data tasik secara berpusat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan tasik di seluruh negara. Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Majlis Sumber Air Negara (MSAN) ke 12 bersetuju mengunapakai NLWQS dan MYLAKE untuk pemilik dan pengurus tasik dan takungan air (semulajadi atau buatan) bagi meningkatkan jaminan kualiti air tasik untuk semua sektor pengguna.

Blog 48

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon