Senarai Blog

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI DUA ORANG PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI DUA ORANG PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

KOTA KINABALU, SABAH (11 APRIL 2018) : RABU, satu majlis ringkas bagi menutup dan menyampaikan sijil kepada dua orang pelajar Latihan Industri telah dibuat oleh Unit Pengurusan Maklumat di bilik ICT pada pagi ini. Sijil telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah JMG Sabah) kepada pelajar tersebut.

Baca selanjutnya

Mesyuarat Pelarasan Gerak Kerja Pentadbiran dan Kewangan

Mesyuarat Pelarasan Gerak Kerja Pentadbiran dan Kewangan

TAWAU, SABAH (11  APRIL 2018) : Rabu. Mesyuarat Pelarasan Gerak Kerja Pentadbiran dan Kewangan telah dijalankan bertempat di MB Hotel, Tawau. Mesyuarat yang dihadiri seramai 38 orang. Mesyuarat ini melibatkan Ketua Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Ketua Kerani dan Kerani Kewangan dari semua JMG Negeri, PPM, BPT dan Ibu Pejabat. Mesyuarat yang dijalankan selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Encik Azalizam Bin Alias, Ketua Pegawai Tadbir Gred M52 membincangkan perihal pentadbiran dan kewangan.

Satu kejutan dalam mesyuarat ini telah dirancang dengan acara memotong kek dan pemberian cendera kenanan kepada Puan Zaiton binti Abdul Latif, Pen. Pegawai Tadbir Gred N29 JMG Perak yang bakal bersara pada awal Disember 2018.

Sesi mesyuarat ditamatkan dengan membawa rombongan meninjau beberapa tempat-tempat menarik sekitar Bandar Tawau dan Bandar Semporna.

Dji S2

Lawatan ke Kawasan (Bassalt Collumnar) Sungai Batu Tersusun, Sungai Balung, Tawau.

 

IMG 4535

Lawatan ke Bandar Semporna, Sabah

View the embedded image gallery online at:
http://www.jmg.gov.my/blog/date/04-11-2018.html#sigProId1bc70db3e9

 

 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon