Senarai Blog

Pelajar Latihan Industri Melawat Muzium Perlombongan Bijih Timah, Kapal Korek dan SUGA

Pelajar Latihan Industri Melawat Muzium Perlombongan Bijih Timah, Kapal Korek dan SUGA

Pada hari Khamis, 12 April 2018, seramai 3 orang pelajar Diploma Sains daripada UPSI yang sedang menjalani latihan industri di PPM berserta 2 orang pegawai pengiring PPM telah membuat lawatan sambil belajar ke 3 lokasi yang terkait dengan industri perlombongan, iaitu  Muzium Perlombongan Bijih Timah di Kampar, Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 dan SUGA ( Stesen Ujian Galian), Jabatan Mineral dan Geosains. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar  tentang sejarah serta kaedah perlombongan dan peralatan-peralatan yang digunakan dalam industri tersebut.

Baca selanjutnya

Mahasiswa UPM melawat PPM

Mahasiswa UPM melawat PPM

Pada tanggal 11 April 2018, seramai 80 orang pelajar dan 5 orang pensyarah dan pegawai pengiring daripada Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan sambal belajar ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains, Ipoh. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi menjalankan amali akademik untuk subjek Tanah Hutan (FHM 3107) dan Fisiologi Pokok (FHP 3102).

Rombongan tersebut tiba pada jam 12.30 tengah hari setelah mereka melawat Muzium Geologi, terlebih dahulu. Mereka diiring ke Galeri PPM dan disambut oleh dua orang pegawai penyelidik PPM iaitu Ketua Cawangan Teknologi Bahan Termaju, Dr. Rashita Binti Abd Rashid, dan Pn Roshaida Binti Arbain dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral.

Baca selanjutnya

PROGRAM LAWATAN TEKNIKAL DAN PENGAMBILAN SAMPEL DI NORTHERN DOLOMITE SDN BHD, PERLIS

PROGRAM LAWATAN TEKNIKAL DAN PENGAMBILAN SAMPEL DI NORTHERN DOLOMITE SDN BHD, PERLIS

Pada 5 April 2018, satu lawatan teknikal dan aktiviti pengambilan sampel di kuari Northern Dolomite Sdn Bhd, Felda Rimba Mas, Chuping, Perlis telah dianjurkan oleh Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT). Lawatan ini telah diketuai oleh Pn Hamizah Binti Abd Samad dan disertai oleh Penolong Pegawai Penyelidik, Pembantu Penyelidik, Pembantu Awam dan seorang pelajar latihan industri.  Para pegawai CTBT telah disambut sendiri oleh pengarah urusan Northern Dolomit Sdn Bhd iaitu Tn Ruslan Jamaludin dan diberi penerangan yang mendalam mengenai latar belakang kuari, sumber bahan mentah, pemprosesan dolomit dan pelbagai kegunaan dolomit dalam industri pertanian sebagai baja dan bahan mentah untuk pembakaran kaca. Produk akhir dolomit yang dihasilkan oleh kuari ini adalah dalam bentuk serbuk yang dikenali sebagai Ground Magnesium Limestone (GML).

Baca selanjutnya

Kanak-kanak daripada Program APCC Fukuoka, Jepun memberi kemeriahan ketika lawatan di Galeri PPM

Kanak-kanak daripada Program APCC Fukuoka, Jepun memberi kemeriahan ketika lawatan di Galeri PPM

Keterujaan dan kemeriahan dapat dirasai apabila seramai 20 orang kanak-kanak dari Jepun yang berusia antara 10-18 tahun tiba di Galeri PPM, pada 27 Mac 2018 yang lalu melalui Program APCC Fukuoka yang sentiasa diadakan pada setiap tahun. Galeri PPM menjadi salah satu daripada senarai tempat-tempat menarik untuk dilawati oleh mereka sepanjang berada di Ipoh.

Ketibaan kanak-kanak tersebut bersama dengan beberapa orang pengirirng disambut oleh Dr Rashita Binti Abd Rashid, Ketua Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT), Pn Roshaida Binti Arbain, pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) serta beberapa pembantu penyelidik yang teribat. Kata alu-aluan serta sedikit penerangan ringkas mengenai PPM disampaikan oleh Dr Rashita kepada mereka.

Baca selanjutnya

PROGRAM STRATEGI MENINGKATKAN KREATIVITI KUMPULAN PELAKSANA & LAWATAN KERJA GEOPARK DI KEDAH DAN PULAU PINANG

PROGRAM STRATEGI MENINGKATKAN KREATIVITI KUMPULAN PELAKSANA & LAWATAN KERJA GEOPARK DI KEDAH DAN PULAU PINANG

Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh telah menganjurkan Program Strategi Meningkatkan Kreativiti Kumpulan Pelaksana dan juga Lawatan Kerja Geopark di Kedah dan Pulau Pinang pada 13 hingga 16 Mac 2018. Program strategik telah diadakan  di Hotel Copthorne Orchid, Pulau Pinang. Program ini disertai oleh kakitangan Sokongan 1 dan staf Unit Pentadbiran dan Kewangan PPM. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dikalangan wargakerja PPM dan bersama-sama komited dan bertanggungjawab serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya kearah memastikan perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan cemerlang.

Baca selanjutnya


Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon