Senarai Blog

JUMBO SALE

 

 

JUMBO SALE

JUMBO SALE

 

Pada 25 April 2014, PUSPANITA JMG telah mengadakan JUMBO SALE bagi mengutip dana untuk derma amal. Harga meja bagi ahli untuk membuat jualan ialah rm15.00 hingga rm30.00. sambutan yang hangat diberikan kepada JUMBO SALE ini. Pertandingan teka bilangan biskut juga diadakan dimenangi oleh PN. Muhaini iaitu adik kepada ahli  PUSPANITA JMG Pn. Mazita. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi PUSPANNITA JMG, Datin Na’imah Binti Hashim.

 

JUMBO SALE1

 

JUMBO SALE2

BELASUNGKAWA Pn. Siti Fatimah Binti Othman

belasungkawaPada  26 Mac 2014, telah kembalinya Pn. Siti Fatimah Binti Othman ke rahmatullah Pada pukul 10.15 pagi. Beliau merupakan Penolong Pegawai Perpustakaan. Beliau merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan ahli PUSPANITA yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA JMG.

BIODATA ALLAHYARHAM PUAN SITI FATIMAH BINTI OTHMAN

DILAHIRKAN PADA 6 DISEMBER 1957
  BERASAL DARI KELANTAN
  MULA BERKHIDMAT PADA 5 DISEMBER 1977 DI  JABATAN MUZIUM SEBAGAI PEMBANTU PERPUSTAKAAN
  PADA 18 JUN 1984 BELIAU DITUKARKAN KE JABATAN PERDANA MENTERI DAN BERTUGAS DI UNIT PENYELARASAN
  PADA 1 JANUARI 1988 BELIAU DITUKARKAN KE UNIT PENTADBIRAN KEWANGAN JUGA DI JABATAN PERDANA MENTERI
  BERTUKAR KE ARKIB NEGARA PADA 1 SEPTEMBER 1991
  DITUKARKAN KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA PADA 1 OKTOBER 1998 KE UNIT BAHAGIAN GERAKAN MEMBACA
  PADA 3 OGOS 1998 BELIAU DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S26
  DINAIKKAN PANGKAT KE PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED  S27 PADA 29 MEI 2003 DAN DITUKARKAN KE BAHAGIAN KHIDMAT  TEKNIK JUGA DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
  PADA 16 DISEMBER 2010 BELIAU BERTUKAR KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DAN BERTUGAS DI UNIT PENYUNTINGAN DAN PERPUSTAKAAN SEHINGGA 1 MAC 2014
  KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 26 MAC 2014. 

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA JMG KE-14

Presentation1

 

 

TARIKH  : 15 JANUARI 2014
HARI  : RABU
MASA  : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK NILAM, LANTAI 22

Mesyuarat Agung PUSPANITA JMG ke-14 telah diadakan pada 15 januari 2014. Pemilihan AJK baru telah diadakan dan berikut merupakan senarai AJK PUSPANITA JMG bagi sesi 2014-2015:

BARISAN EXCO
Penasihat : Dato’ Yunus Bin Abdul Razak
Pengerusi : Datin Na;imah Binti Haji Hashim
Tim. Pengerusi : Pn. Suheir Binti Haji Hussain
Setiausaha : Pn. Brendawati Binti Ismail
Pen. Setiausaha : Pn. Marina Binti Mansor
Pen. Setiausaha : Pn. Mazita Binti Manan
Bendahari : Pn. Nazatul Shima Binti Ismail

BARISAN AJK
Biro Sukan   : Cik Hanizah Binti Ahmad
Biro Agama, Kebajikan & ASH : Pn. Hamidah Binti Abd. Hamid
Biro Kesihatan   : Pn. Norhayati Binti THani
Biro ICT & Penerbitan  : Pn. Nafiza Binti Jomhari
                                   Pn. Norhazliza Binti Mokhtar
Biro Lawatan & Sosial  : Cik Norhafizah Binti Abd Razak
Biro Pendidikan & Keluarga : Pn. Norsham Binti Samsuddin
Pemeriksa Kira-KIra  : Cik Vijaya Rani Naidu a/p Perumal Naidu





Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon