Senarai Blog

Majlis Perpisahan En Abdul Hadi Abdul Rahman dan En Suhaimizi Yusof

Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 9 Februari 2017 sempena pertukaran En Abdul Hadi dan En Suhaimizi. Majlis tersebut yang diadakan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan meraikan pegawai-pegawai berkenaan yang bertukar ke stesen lain dan menghargai sumbangan bakti yang telah ditabur di JMG Malaysia Terengganu selama berkhidmat di sini. En Abdul Hadi ditukarkan ke JMG Malaysia Selangor/ Wilayah Persekututan mulai 1 Mac 2017 sementara En Suhaimizi bertukar ke Ibu Pejabat JMG Malaysia mulai 15 Februari 2017. 

Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada En Abdul Hadi dan En Suhaimizi.

Bengkel "Workshop on Trenching for Active Fault Study"

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Terengganu dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan (PMI), Ibu Pejabat JMG Malaysia telah menganjurkan satu bengkel bertajuk "Workshop on Trenching for Active Fault Study" pada 17-20 Oktober 2017, di Kuala Terengganu dan Kg Tepus, Jerangau, Dungun. Bengkel tersebut yang bertujuan memberikan pendedahan berkaitan Kajian Paleoseismik Kaedah Perparitan telah disertai oleh seramai 55 orang pegawai-pegawai dan kakitangan JMG seluruh Malaysia, termasuk kalangan urusetia program serta dua pegawai daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia). Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JMG Malaysia Terengganu, En. Che Aziz Che Soh pada 17 Oktober 2017.

Pada bengkel tersebut dua penceramah dari Negara Thailand dan seorang penceramah tempatan telah memberikan syarahan yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Mereka adalah En. Suwith Kosuwan dan En. Kitti Khaowiset daripada Jabatan Sumber MIneral Thailand (Department of Mineral Resources Thailand) dan Prof Madya Mustaffa Kamal Shuib dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sesi syarahan telah dilangsungkan di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu sementara sesi latihan diadakan semasa kerjalapangan perparitan telah diadakan di Kg Tepus, Jerangau Dungun.

MESYUARAT PELAKSANAAN PENGURUSAN STATISTIK MINERAL DAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN LAWATAN INDUSTRI DI NEGERI TERENGGANU

MESYUARAT PELAKSANAAN PENGURUSAN STATISTIK MINERAL DAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN LAWATAN INDUSTRI DI NEGERI TERENGGANU

Sempena lawatan industri oleh Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat di Negeri Terengganu, satu mesyuarat telah diadakan pada 24 Mac 2015 di Bilik Kasiterit, JMG Terengganu. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan pengumpulan data statistik mineral, verifikasi data, penyediaan laporan dan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga, adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan baru Cawangan Ekonomi Mineral.

Pada 25 dan 26 Mac 2015, Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat dengan diiringi JMG Terengganu telah membuat satu Lawatan Industri di sekitar Kemaman dan Dungun Terengganu. Antara tempat yang dilawati adalah seperti berikut:

  • Eastern Steel Sdn. Bhd.
  • Unichamp Sdn. Bhd
  • Tioxide (Malaysia) Sdn. Bhd
  • Treasure Mining (Lombong Besi) Sdn. Bhd
 
 
 

TAKLIMAT PENEMUAN FOSIL DINOSAUR DAN TUMBUHAN DI NEGERI TERENGGANU

3

Satu taklimat telah diadakan di Bilik Kasiterit JMG Terengganu sempena lawatan Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Puan Farizawati Sabri dan Encik Degor Joshia dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Putrajaya pada 8 April 2015. Timbalan Pengarah JMG Terengganu, Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar mengalu-alukan kedatangan dan berharap kunjungan ini akan mempereratkan hubungan dan kerjasama kedua-dua jabatan. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Geosains, Encik Hamle Ismail dengan dibantu oleh pegawai geosains, Encik Razaidi Shah A Kadir.  



Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon