Senarai Blog

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM AIR GRAVITI BUKIT KPG. TELOK SERABANG, SEMATAN, LUNDU

MAIN PHOTO

JMG Sarawak telah mengadakan Majlis Perasmian Dan Penyerahan Sistem Air Graviti Bukit di Kampung Telok Serabang, Sematan pada 2 Mei 2016 bersempena Program Jabatan di Bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Mazlan bin Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia.

Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2015 DAN MAJLIS PERPISAHAN SERTA PERSARAAN JMG SARAWAK

Front

Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2015 telah diadakan pada 3 Mac 2015 bertempat di Bilik Baiduri, Blok A, JMG Malaysia Sarawak dan telah dihadiri oleh seramai 131 orang kakitangan.

 

Pengarah JMG Sarawak, Dr. Richard Mani Banda dalam perutusannya menyentuh beberapa perkara dan antaranya; Ucapan Selamat Datang kepada Puan Dayang Maslinie Bte Awang Putit, Pembantu Perpustakaan yang baharu melapor diri bertugas di JMG Sarawak dan ucapan penghargaan kepada semua pegawai yang akan berpindah dan bersara atas sumbangan dan kerjasama diberikan sepanjang masa mereka  bertugas di JMG Malaysia Sarawak. Beliau mengucapkan tahniah kepada 9 orang Pembantu Geosains yang telah dinaikkan  pangkat daripada gred C22 ke gred C26; Liew Shan Hian, Shah Hariezal Lim bin Abdullah, Ngang ak Gano, Mohd Azhar bin Abdullah, Jobli bin Abu, Maling ak Kanyan, Ti Morni bin Sedik, Pandi bin Kipli dan Masing ak Drasip.    

Baca selanjutnya


Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon