Senarai Blog

Majlis Pelancaran Migrasi MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 Pusat Penyelidikan Mineral

Satu majlis pelancaran migrasi dari MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 telah diadakan bersekali dengan Majlis Perhimpunan Bulanan pada 25 Januari 2017 di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).

Acara ini dimulai dengan penyampaian taklimat berkaitan perjalanan proses migrasi ini oleh En. Aminudin bin Mahmud, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan. Seterusnya acara penyerahan kain rentang pelancaran migrasi ini oleh En. Md  Muzayin bin Alimon, Pengarah PPM kepada Dr. Rohaya bin Othman selaku Wakil Pengurusan, Pasukan ISO PPM sebagai simbolik bermulanya aktiviti dan kerja-kerja persediaan ke arah migrasi dari MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 ini. PPM telah beriktiraf MS ISO 9001:2008 sejak 2012.

Baca selanjutnya

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Syarikat Merc Resources Sdn Bhd (MRSB)

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara JMG dan Syarikat Merc Resources Sdn Bhd (MRSB) telah berjaya diadakan bertempat di Ibu Pejabat JMG, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2017 yang lalu. Perjanjian tersebut telah ditandatangani antara JMG yang diwakili oleh YBrs Ketua Pengarah JMG, Tn Hj Mior Sallehhuddin Bin Mior Jadid dan Syarikat MRSB yang diwakili oleh CEO syarikat , En Noor Shaiful Hafiz bin Nordin.

Tujuan perjanjian ini ditandatangani adalah bagi memberi hak pengkomersialan eksklusif ke atas Inovasi Teknologi Penghasilan Kertas Menggunakan Teknik In-situ. Inovasi teknologi penghasilan kertas secara in-situ ini telah dibangunkan oleh Dr Rohaya binti Othman dan pasukannya dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak JMG dan MRSB adalah selangkah ke depan dalam merealisasikan pembinaan sebuah kilang kertas pencetakan yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi yang mudah, murah dan mesra alam.

Baca selanjutnya

Hasil Inovasi PPM Berjaya Berada di Kedudukan 20 Terbaik Peringkat Kebangsaan

Hasil inovasi dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang bertajuk “Simple and Cost Effective Method of Producing Paper with Addition of Filler, High Impact and Sustainable to Malaysia” telah terpilih sebagai salah satu pemenang saguhati (Top 20) bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan iaitu NBOS Competition 2016 yang merupakan salah satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ia dikendalikan sepenuhnya oleh Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

Baca selanjutnya

LAWATAN SYARIKAT AL-TAYEBA TRADING DARI NEGARA EMERIAH ARAB BERSATU DAN YAYASAN ABADA DARI BALING, KEDAH KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

IPOH, 9 Januari 2017 (Isnin). Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerima lawatan daripada delegasi Al-Tayeba Trading dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Yayasan ABADA, Baling, Kedah pada jam 11.00 pagi. Delegasi dari Al-Tayeba Trading diketuai oleh En Abdus Salam manakala Yayasan ABADA diketuai oleh Tn Hj Idris bin Muhamud. Al-Tayeba Trading merupakan sebuah syarikat yang beroperasi dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk dalam sektor mineral berlogam. Tujuan delegasi tersebut mengunjungi PPM adalah untuk menjalin hubungan dua (2) hala disamping  untuk meneliti fasiliti peralatan dan kepakaran yang terdapat di PPM khususnya bagi pemprosesan bijih besi. Yayasan ABADA pula adalah sebuah syarikat yang dilantik oleh Al-Tayeba bagi mewakili syarikat tersebut untuk memasarkan konsentrat besi dari negara Malaysia ke UAE. Lawatan separuh hari ini telah dimulakan dengan rundingan teknikal mengenai pemprosesan bijih besi bersama Pegawai-pegawai Penyelidk dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM). Rundingan tersebut telah dipengerusikan oleh Dr Nazwin Binti Ahmad, Ketua  Cawangan CTPM, PPM.

Baca selanjutnya

page perhimpunan bulanan 72016

Johor Bahru, 21 November 2016 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2016 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Hari Inovasi dan persaraan Tuan Haji Zakaria bin Hussain telah diadakan serentak di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Baca selanjutnya


Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconBlogger-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon