Senarai Blog

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG NSM KE PEJABAT SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG NSM KE PEJABAT SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 8 NOV : Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka (JMG NSM) yang baharu, Yang Berusaha Encik Joanes Muda telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Dato’ Seri Hj Mat Ali bin Hasan di pejabat beliau di Wisma Negeri, Negeri Sembilan.

Diharap kunjungan hormat ini dapat memantapkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Sembilan dan JMG.

Kunjungan Hormat Pengarah JMG NSM ke Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Melaka

Kunjungan Hormat Pengarah JMG NSM ke Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Melaka

MELAKA, 7 NOV : Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka (JMG NSM) yang baharu, Yang Berusaha Encik Joanes Muda telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Seri Hj. Naim Bin Abu Bakar di Pejabat beliau di Seri Negeri, Melaka. 

Ini adalah kunjungan hormat yang pertama beliau sejak dilantik sebagai Pengarah JMG NSM bermula pada 16 Oktober 2017 yang lalu.

Kunjungan hormat ini diharap dapat memantapkan lagi jalinan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Melaka dan JMG. 

Majlis perpisahan Timbalan Pengarah, Tuan Hj Che Abd Rahman Jaafar

Warga JMG Malaysia Terengganu menyaksikan satu lagi majlis perpisahan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 27 Februari 2017 sempena pertukaran Timbalan Pengarah, Tuan Hj Che Abd Rahman Jaafar yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JMG Malaysia Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) bertujuan menghargai sumbangan bakti yang ditabur selama beliau berkhidmat di JMG Malaysia Terengganu. Pertukaran Hj Che Abd Rahman berkuatkuasa mulai 1 Mac 2017.

Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada Tuan Hj Che Abd Rahman.



Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon