Senarai Blog

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI

Majlis meraikan perpisahan/ kenaikan pangkat serta perpindahan kakitangan JMG 2018 telah diadakan pada hari Jumaat, 12 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis ini diadakan bagi meraikan En. Ismail Bin Hanuar, Ketua Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak dan dihadiri oleh kakitangan JMG Sarawak.

En. Ismail Hanuar selaku Ketua Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak telah dinaikkan pangkat ke Pengarah Pengurusan Maklumat, C54 dan akan berpindah ke Ibu Pejabat JMG di Putrajaya pada 16 Januari 2018.

Kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal Sarawak juga telah meraikan perpisahan/ kenaikan pangkat serta perpindahan En. Ismail Hanuar di Hotel Grand Continental, Kuching pada 8 Januari 2018 (Isnin).

JMG Sarawak mendoakan selamat maju jaya kepada En. Ismail Hanuar.  3

4

UPMakmal

Ditulis oleh : Marina M

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 8 dan 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon