Senarai Blog

PELANTIKAN SEBAGAI AHLI PANEL PENASIHAT INDUSTRI BAGI CENTRE OF RESEARCH EXCELLENCE ON PEAT SOIL (CoPS)

PELANTIKAN SEBAGAI AHLI PANEL PENASIHAT INDUSTRI BAGI CENTRE OF RESEARCH EXCELLENCE ON PEAT SOIL (CoPS)

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pembinaan Tanah Gambut atau dikenali sebagai CREAM/CIDB Centre of Research Excellence Construction on Peat Soils (CoPS) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya pada 2016. CoPS ditubuhkan hasil dari Projek Pembangunan Garis Panduan Pembinaan atas Tanah Gambut di Malaysia.

CoPS yang diletakkan di bawah secretariat Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS bakal menjadi pusat rujukan setempat bagi kajian tanah gambut di Malaysia. Bagi memastikan perjalanan projek penyelidikan berkaitan pembinaan di atas tanah gambut berjalan lancar, pihak Lembaga Pemegang Amanah CREAM (LPA) telah melantik En. Enggong Aji, Pengarah Mineral dan Geosains Sarawak sebagai salah seorang panel penasihat industri bagi Centre Of Research Excellence On Peat Soil (CoPS).

Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada kelayakan dan pengalaman beliau dalam bidang pembinaan tanah gambut. Peranan ahli panel panasihat adalah untuk memberi khidmat nasihat dan input kepada kemajuan penyelidikan dan projek pembangunan pembinaan atas tanah gambut, halatuju CoPS serta mempromosi dan menjalinkan jaringan kerjasama industri bersama CoPS.

JMG Sarawak mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau dan selamat maju jaya. Semoga pelantikan ini dapat menaikkan nama Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia.

 

1

 

Ditulis oleh : Marina M

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 8 dan 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon