Senarai Blog

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JMG menggondol Pingat EMAS DALAM iidex2017

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JMG menggondol Pingat EMAS DALAM iidex2017

Sepasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berjaya merangkul  pingat emas dalam pertandingan sempena Invention, Innovation & Design Exposition 2017 (iidex2017) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ekspo ini telah diadakan pada 25 - 29 September 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Rekacipta dari PPM ini yang bertajuk An Innovative Engineered Marble for Building Materials merupakan hasil inovasi dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju yang terdiri daripada Pn. Hamizah bt. Samad, Dr. Hajah Rashita bt. Abd. Rashid, Hj. Malek b. Selamat, Pn. Siti Mazatul Azwa bt. Sayed Mohamed Nurddin dan Fauziah bt. Muhamad Isa.

Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan rekacipta ini dan semoga kejayaan mereka ini menjadi pemangkin kepada warga PPM yang lain untuk terus melakar kejayaan dalam penyelidikan masing-masing demi memartabatkan JMG di persada antarabangsa.

Ditulis oleh : ezulia

  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
  • Smileys
  • :confused:
  • :cool:
  • :cry:
  • :laugh:
  • :lol:
  • :normal:
  • :blush:
  • :rolleyes:
  • :sad:
  • :shocked:
  • :sick:
  • :sleeping:
  • :smile:
  • :surprised:
  • :tongue:
  • :unsure:
  • :whistle:
  • :wink:
 
   
 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon