Senarai Blog

Majlis Korban Perdana 1NRE

Majlis Korban Perdana 1NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan satu Perhimpunan Khas 1NRE bersama Menteri YB Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di FRIM, Kepong pagi tadi.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, satu majlis korban juga telah diadakan di Masjid Jamek FRIM. Sambutan Ibadah Korban Perdana 1NRE ini julung-julung kali diadakan oleh NRE selaras dengan hasrat YB Menteri yang ingin menyambut semua sambutan dan perayaan bersama-sama warga NRE.

Bagi melaksanakan ibadah korban ini, YB Menteri telah menyumbangkan enam (6) ekor lembu; Timbalan Menteri NRE, YB Datuk Ir Dr Hamim Samuri, tiga (3) ekor sementara Masjid Jamek pula, lima (5) ekor lembu.

Seramai hampir 600 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, kakitangan serta ahli keluarga dari semua agensi di bawah NRE, penghuni kuarters FRIM dan penduduk sekeliling kampus FRIM telah menghadiri majlis ini.

Penganjuran program ini diadakan dengan konsep gotong-royong antara semua Bahagian dan Jabatan di bawah NRE bagi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga NRE.

 

Ditulis oleh : shafiqfarhan

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon