Senarai Blog

LAWATAN TEKNIKAL Di KILANGAGROSTONES (MALAYSIA)SDN. BHD.

LAWATAN TEKNIKAL Di KILANGAGROSTONES (MALAYSIA)SDN. BHD.

Satu lawatan teknikal di kilang Agrostones(Malaysia) Sdn. Bhd., Simpang Pulai Ipoh telah dianjurkan oleh Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) pada 17 Ogos 2017. Seramai 4 orang terdiri daripada pegawai dan pembantu penyelidik telah menyertai lawatan yang diketuai oleh Dr Rashita Abd Rashid. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai dan kakitangan CTBT proses penghasilan produk compressed marble disamping dapat melihat peralatan yang digunakan, bahan mentah, proses pemotongan, penggilapan dan  produk akhir yang terhasil.

Terdahulu, pegawai dan kakitanganCTBT telah diberi penerangan oleh wakil syarikat tentang produk yang dihasilkan sebelum meneruskan lawatan di sekitar kilang. Kilang yang telah beroperasi hampir 10 tahun ini menggunakan batu kapur tempatan  dan bahan pengikat polyester dan simen bagi menghasilkan produk compressed marble. Penghasilan produk dari segi corak dan warna yang pelbagai adalah mengikut kehendak pelanggan dan ia dipasarkan untuk kegunaan tempatan dan untuk di eksport ke luar negara.

Ditulis oleh : ezulia

  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
  • Smileys
  • :confused:
  • :cool:
  • :cry:
  • :laugh:
  • :lol:
  • :normal:
  • :blush:
  • :rolleyes:
  • :sad:
  • :shocked:
  • :sick:
  • :sleeping:
  • :smile:
  • :surprised:
  • :tongue:
  • :unsure:
  • :whistle:
  • :wink:
 
   
 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon