Senarai Blog

LAWATAN SAMBIL BELAJAR THE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA CAMPUS KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL (PPM)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR THE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA CAMPUS KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL (PPM)

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) berbesar hati menerima kunjungan seramai 165 orang pelajar dan pensyarah dari The University of Nottingham (Malaysia Campus), jurusan Mechanical Engineering (Geology), tahun pertama kepada 2 kumpulan iaitu pada 6 dan 13 April 2017 yang lalu.

Bagi lawatan kumpulan pertama, antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan tersebut ialah taklimat di Dewan Seminar dan penyerahan cenderahati oleh En. Aminudin Mahmud, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan kepada wakil The University of Nottingham, lawatan ke Galeri Penyelidikan dan taklimat ringkas aktiviti R&D PPM oleh Puan Roshaida Arbain dan seterusnya lawatan ke Makmal Cawangan Teknologi Bahan Lempung (CTBL) yang diketuai oleh Haji Kori Mohamed.

Manakala bagi bagi lawatan kumpulan kedua pula, antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan tersebut ialah lawatan ke Galeri Penyelidikan dan taklimat ringkas aktiviti R&D PPM oleh Dr. Rashita Abdul Rashid dan seterusnya lawatan ke Makmal Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) yang diketuai oleh Dr. Ismail Ibrahim serta penyerahan cenderahati oleh PPM kepada wakil The University of Nottingham.

Diharap dengan maklumat dan penerangan yang diberikan oleh pihak PPM dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dengan sebaiknya. Pusat Penyelidikan Mineral juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada The University of Nottingham Malaysia Campus kerana sudi mengadakan lawatan ke PPM.

Ditulis oleh : ezulia

  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
  • Smileys
  • :confused:
  • :cool:
  • :cry:
  • :laugh:
  • :lol:
  • :normal:
  • :blush:
  • :rolleyes:
  • :sad:
  • :shocked:
  • :sick:
  • :sleeping:
  • :smile:
  • :surprised:
  • :tongue:
  • :unsure:
  • :whistle:
  • :wink:
 
   
 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon