Senarai Blog

PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD) AWAM ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD) AWAM ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin meningkat di mana dadah yang pada asalnya banyak digunakan dalam bidang perubatan sebenarnya tidak berbahaya jika ianya tidak disalahgunakan. Masalah penyalahgunaan ini timbul apabila masyarakat mengunakan dadah untuk kepuasan dan keseronokan diri sendiri. Oleh yang demikian, penyalahgunaan dadah terutama sekali di tempat kerja boleh mengakibatkan kurang keupayaan untuk bekerja, membawa masalah kepada majikan serta menjejaskan imej organisasi jabatan.

Justeru itu, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh (PPM) dengan kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta telah mengadakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Awam pada Selasa, 11 April 2017 bertempat di Dewan Seminar, PPM.

Program tersebut adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta pencegahan penyalahgunaan dadah di tempat kerja. Antara pengisian program adalah ceramah antidadah daripada Encik Mohd Halim Bin Mat Sohat, Pegawai Antidadah Kanan, pameran serta ujian saringan urin dadah kepada 50 kakitangan jabatan yang menyertai program ini.

Diharapkan program sebegini dapat memangkin produktiviti negara dalam mewujudkan masyarakat khususnya kakitangan kerajaan awam bebas dadah di tempat kerja.


Ditulis oleh : ezulia

  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
  • Smileys
  • :confused:
  • :cool:
  • :cry:
  • :laugh:
  • :lol:
  • :normal:
  • :blush:
  • :rolleyes:
  • :sad:
  • :shocked:
  • :sick:
  • :sleeping:
  • :smile:
  • :surprised:
  • :tongue:
  • :unsure:
  • :whistle:
  • :wink:
 
   
 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Menara Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon