Senarai Blog

Lawatan Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar

Lawatan Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar

IPOH, 11 April 2017:   Pada pagi ini Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah dikunjungi oleh beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dan Ipoh. Delegasi Jabatan Alam Sekitar ini diketuai oleh En. Norazizi Adinan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar.

Mereka kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat Topaz untuk sesi perbincangan dari kedua-dua jabatan mengenai kerjasama analisis sampel-sampel dari Jabatan Alam Sekitar. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal, Tuan Haji Mohd Ariff Omar.

Rombongan ini kemudiannya dibawa melawat Makmal Batuan Dan Air, Makmal Organik, Bilik Instrumentasi, Makmal Ketulenan Emas, Makmal Mineral Berlogam Dan Aloi dan Makmal Mineral Perindustrian. Mereka juga di bawa melawat Pejabat Perkhidmatan Makmal serta bilik XRF dan bilik penyediaan sampel.

Akhir sekali mereka dibawa melawat Muzium Geologi sebelum berangkat pulang pukul 1:30 petang.

Ditulis oleh : zahar

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon