Senarai Blog

Majlis Pelancaran Migrasi MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 Pusat Penyelidikan Mineral

Majlis Pelancaran Migrasi MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 Pusat Penyelidikan Mineral

Satu majlis pelancaran migrasi dari MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 telah diadakan bersekali dengan Majlis Perhimpunan Bulanan pada 25 Januari 2017 di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).

Acara ini dimulai dengan penyampaian taklimat berkaitan perjalanan proses migrasi ini oleh En. Aminudin bin Mahmud, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan. Seterusnya acara penyerahan kain rentang pelancaran migrasi ini oleh En. Md  Muzayin bin Alimon, Pengarah PPM kepada Dr. Rohaya bin Othman selaku Wakil Pengurusan, Pasukan ISO PPM sebagai simbolik bermulanya aktiviti dan kerja-kerja persediaan ke arah migrasi dari MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 ini. PPM telah beriktiraf MS ISO 9001:2008 sejak 2012.

Semoga dengan pelancaran ini, semua warga PPM cakna akan perkara ini dan dapat sama-sama menyumbang masa dan tenaga dan terus komited dalam menjayakan urusan migrasi ini. Seterusnya, semoga dapat menghadapi audit daripada pihak SIRIM pada akhir tahun ini dengan cemerlang.

 

Ditulis oleh : ezulia

  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
  • Smileys
  • :confused:
  • :cool:
  • :cry:
  • :laugh:
  • :lol:
  • :normal:
  • :blush:
  • :rolleyes:
  • :sad:
  • :shocked:
  • :sick:
  • :sleeping:
  • :smile:
  • :surprised:
  • :tongue:
  • :unsure:
  • :whistle:
  • :wink:
 
   
 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Lantai 20, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

Tel: (603) 2161 1033
Faks: (603) 2161 1036
Emel: info[at]jmg[dot]gov[dot]my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon