Senarai Blog

Mahasiswa UPM melawat PPM

Mahasiswa UPM melawat PPM

Pada tanggal 11 April 2018, seramai 80 orang pelajar dan 5 orang pensyarah dan pegawai pengiring daripada Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan sambal belajar ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains, Ipoh. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi menjalankan amali akademik untuk subjek Tanah Hutan (FHM 3107) dan Fisiologi Pokok (FHP 3102).

Rombongan tersebut tiba pada jam 12.30 tengah hari setelah mereka melawat Muzium Geologi, terlebih dahulu. Mereka diiring ke Galeri PPM dan disambut oleh dua orang pegawai penyelidik PPM iaitu Ketua Cawangan Teknologi Bahan Termaju, Dr. Rashita Binti Abd Rashid, dan Pn Roshaida Binti Arbain dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral.

Ahli rombongan diberikan taklimat mengenai peranan dan kerja-kerja R&D&C PPM. Selepas itu, mereka disajikan dengan tayangan video tentang kemajuan projek-projek peyelidikan di PPM. Kemudian, mereka didedahkan dan diberi penerangan tentang teknologi dan produk R&D mineral yangb terdapat galeri. Rata-rata pelajar kelihatan tekun dalam mengamati setiap penerangan yang diberikan.

Sesi lawatan berakhir pada jam 1.30 tengah hari. Siswa dan siswi yang mengikuti lawatan ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPM kerana sudi menerima lawatan mereka dan memberikan input-input yang sangat menarik kepada mereka. PPM juga mengharapkan agar ilmu yang dikongsi itu dapat digunakan sebaiknya oleh mereka.

Selamat Maju Jaya!


Ditulis oleh : ezulia

  • Bold
  • Italic
  • Underline
  • Stroke
  • Quote
  • Smileys
  • :confused:
  • :cool:
  • :cry:
  • :laugh:
  • :lol:
  • :normal:
  • :blush:
  • :rolleyes:
  • :sad:
  • :shocked:
  • :sick:
  • :sleeping:
  • :smile:
  • :surprised:
  • :tongue:
  • :unsure:
  • :whistle:
  • :wink:
 
   
 

Maklumat Perhubungan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
Aras 9, Menara PjH,
No.2, Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 2, 62100 PUTRAJAYA.

Tel: (+603) 88716000
Faks: (+603) 88716145/46
Emel: helpdesk [at] jmg [dot] gov [dot] my

Sentiasa Berhubung

Facebook-iconTwitter-iconYoutube-iconRSS-icon
Mobile-iconjmg mobile qr codemobile apps icon